Nota Pedoman:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penulisan sejarah muzik metal untuk tajuk ini akan mengambil kira tahap relevan dari sudut penghasilan karya dan penglibatan aktif dalam persembahan disamping impak jangka masa panjang terhadap evolusi muzik metal Malaysia. Penulisan ini tidak sesekali bertujuan menafikan kewujudan band-band metal tetapi jika ia tidak relevan dalam ciri-ciri yang dinyatakan maka ia sekadar dicatat tetapi tidak akan dilanjutkan dengan penulisan secara khusus. Tumpuan khusus lebih lanjut dan terperinci hanya merujuk kepada band-band yang ada kesinambungan dalam sumbangan buat persejarahan seni kreatif muzik metal.
Penyataan ini penting supaya pembaca tidak tersalah maksud kepada tujuan penulisan ilmiah ini.
Penyataan ini penting supaya pembaca tidak tersalah maksud kepada tujuan penulisan ilmiah ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ledakan awal muzik metal di Sabah bermula seawal dekad 1990an. Walaupun ia bermula lewat beberapa tahun berbanding Sarawak, kemunculan band-band metal sepanjang dekad 90an lebih banyak daripada Sarawak.
Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Membakut menjadi lokasi penting kemunculan awal band-band metal di sini sehingga kini. Genre Black Metal, Deathmetal dan Grindcore adalah tiga genre utama yang menjadi 'pedoman muzik' para penggiat seni muzik metal di Sabah. Maka tidak hairanlah sepanjang dekad 90an banyak band black metal yang mendominasi scene metal Negeri Di Bawah Bayu ini.
Walaupun ada maklumat yang diperolehi melalui blog 'Kasi Pecah Telinga Kau', mencatatkan bahawa telah muncul pencetus terawal muzik ekstrim di Sabah oleh Dark Power sebuah band thrash metal berasal dari Kota Kinabalu yang diasaskan pada tahun 1986. Namun band ini tidak pernah menghasilkan sebarang material samada single, demo, EP atau album.

Penulisan ini akan merangkumi jalur masa evolusi metal di Sabah antara tahun 1990 hingga 1999.
Permulaan Ledakan (1990-91)
Jika dilihat dan diteliti kembali jalur masa muzik metal Malaysia, kemunculan band black metal pertama negara adalah pada tahun 1984 iaitu penubuhan Black Fire dari Perlis.
Selepas itu, band black metal kedua Malaysia yang muncul dan menjadi band black metal pertama diasaskan di Borneo adalah Kalabanganz.
Kalabanganz telah ditubuhkan pada tahun 1990 di Kota Kinabalu yang membawa konsep 'Black n Roll'. Band ini juga telah mengeluarkan material pertama pada tahun 1991 iaitu demo 'Shadow of Lucifer'. Kalabanganz masih aktif sehingga kini tampil dengan dua album iaitu 'Beer, Sex & Black n Rollust' terbitan tahun 2012 dan 'Xumandakapocalypse Black n Roll' pada tahun 2015.
Era 1992-93
Barbalans (1) menjadi band black metal kedua muncul di Sabah yang berpangkalan di Sandakan.
Band ini telah diasaskan penubuhannya pada tahun 1993 oleh tiga bersaudara dengan gelaran yang sangat unik iaitu MaXXXul, Maharaja Namruth dan Waadath Natas.
Material pertama Barbalans diterbitkan pada tahun 1996 iaitu demo 'Cindaku'. Seterusnya mereka tampil dengan demo kedua, 'Thy Shytan' terbitan tahun 2001. Barbalans masih bergiat aktif sehingga kini.
Era 1994-95
Ketika era ini, beberapa band telah ditubuhkan di serata Sabah. Era ini juga boleh dianggap sebagai kemunculan awal band-band deathmetal Sabah yang cenderung kepada sub-genre brutal death dan grindcore.
Blind Confused merupakan band deathmetal awal Sabah yang berpangkalan di tenggara Sabah. Anggota band ini berasal dari Lahad Datu dan Tawau. Blind Confused ditubuhkan pada tahun 1994. Material pertama band ini adalah sebuah demo terbitan pada tahun 1994 iaitu 'Burnt'.
Mortuary Anchestor (gambar kiri) merupakan kuasa death metal Sabah yang masih bergiat aktif menghasilkan material dan persembahan termasuk di luar negara khususnya Indonesia.
Band ini telah diasaskan pada tahun 1994 di Sandakan.
Band ini telah diasaskan pada tahun 1994 di Sandakan.
Material pertama mereka terbit pada tahun 1997 iaitu demo 'Story of Holy Incence'. Mortuary Anchestor kemudiannya menghasilkan album pertama, 'The Reincarnation' terbitan tahun 2008. Kesinambungan usaha kreatif seni mereka berterusan pada tahun 2012 tampil dengan EP 'Doctrine of Hatred'.
Sebuah lagi band dari Sandakan, Perpetual telah diasaskan pada tahun 1995. Sandakan menjadi lokasi kemunculan scene deathmetal yang utama di sini.
Perpetual kemudiannya menghasilkan material pertama pada tahun 1996 iaitu demo 'Protector of The Truth'.
Tahun 1995 juga menyaksikan kemunculan sebuah lagi kuasa metal Sabah iaitu Mantak. Band yang berteraskan muzik Thrashing Black Metal ini telah ditubuhkan oleh Naz di Kota Kinabalu. Nama asal sebelum bertukar kepada nama sekarang adalah Waffat.
Reputasi Mantak tidak boleh disangkalkan kerana sejak tahun 1998 iaitu ketika demo pertama mereka dihasilkan, 'The Borneo Chaosmakers', band ini kekal dalam momentum untuk berkarya disamping terlibat aktif dengan banyak persembahan di luar Malaysia.
Mantak juga menjadi band metal pertama Sabah dan Malaysia yang bernaung di bawah Drakkar Production yang berpangkalan di Peranchis yang bertanggungjawab menerbit dan mengedarkan album 'Sabahell Blasphemer' pada tahun 2007. Catatan penuh tentang Mantak akan dilanjutkan dalam siri penulisan ilmiah seterusnya.
Sebuah lagi band metal yang penting dalam jalur masa evolusi metal di sini adalah Neurosis, band deathmetal yang bersulam elemen brutal & grindcore. Neurosis telah diasaskan pada tahun 1995 di Membakut, sebuah bandar yang terletak 35 kilometer utara Beaufort. Material sulung mereka adalah demo 'Promo Rehearsal' terbitan tahun 1995. Seterusnya pada tahun 2002, Neurosis tampil dengan EP, 'Therais'.

Sebuah lagi band black deathmetal yang boleh dimasukkan dalam catatan adalah Azrail (2) diasaskan pada tahun 1995. Azrail berasal dari Beaufort. Mereka sempat menghasilkan sebuah material iaitu demo 'The Arisen, Promo Demo' yang diterbitkan pada tahun 1996.
Era 1996-97
Berbeza dengan era sebelum ini, era 1996-97 pula menyaksikan kemunculan band-band berkonsepkan eastern black metal.
Majestic East (3) telah diasaskan secara rasmi pada bulan Desember 1997 dengan barisan anggota awal terdiri daripada C.Din (gitar), Rujie (gitar), Pianth (drum), Jasth (bass) dan Namith (vokal).
Band berkonsepkan 'eastern metal' ini telah menghasilkan demo pertama iaitu 'Exorcism Corpse' pada tahun 1999. Bunyi dan bentuk muzik Majestic East agak menyerupai material awal Langsuyr.
Dalam tahun 2012, mereka tampil dengan sebuah lagi material iaitu EP 'Mandau'.
Kilatus, sebuah nama penting dalam 'carta aliran black metal negara' kerana ia adalah antara band black metal yang ekstrim dari segi penampilan dan muziknya pernah wujud. Kilatus ditubuhkan pada tahun 1997 di Sandakan.
Sekali lagi bandar ini menjadi titik penting perkembangan scene metal negara dan Sabah. Ia seakan sebuah 'mata air kegelapan' yang memunculkan banyak band besar Sabah.
Kilatus melabelkan muzik mereka sebagai 'extreme black metal' yang mempunyai bau-bau elemen seperti Dark Funeral. Kilatus menghasilkan material sulung iaitu 'Silence In The Night' pada tahun 1998. Kilatus bersama Mortuary Anchestor pernah menerbitkan split-tape, 'Nakadnas Kult' terbitan tahun 1999 (4).

Nightmare(5) sebuah band black metal berasal dari Ranau telah ditubuhkan pada tahun 1997. Asalnya band ini menggunakan nama 'Syaitir' kemudian pada tahun 1998 sehingga 2011, mereka menggunakan nama Nightmare. Mereka sekali lagi menukar nama kepada 'Funeral Nightmare' pada tahun 2011. Band ini telah menghasilkan beberapa demo (tidak termasuk split) iaitu;
1. Rehearsal Demo, 1997.
2. Symphony From The Gates of Darkness, Demo 1999.
3. Promo Single-To Call The Souls of Evilness, 2000.
4. Demo(niac) demo, 2008.
Maar merupakan band 'eastern black metal' yang berasal dari Putatan, Kota Kinabalu.
Agak sukar mendapatkan maklumat penuh band ini kerana agak terhad daripada sumber-sumber yang sahih.
Namun Maar ada menghasilkan material pertama iaitu sebuah demo 'Eastern...Mysterious...Mystical...Myth' terbitan tahun 2001. Maar juga pernah menghasilkan sebuah split-cd bersama Manggas, band deathmetal berasal dari Membakut pada tahun 2009.
Era 1998-99
Ada beberapa band yang ditubuhkan pada tahun 1998-99 tetapi menghasilkan material pertama setelah masuk era millennium seperti;
1. Dreaming Dead (1998)-demo pertama 'Ended War', 2000.
2. Inside (1999)-demo pertama 'Darkness Begin', 2000.
3. Distrust (1999)-demo pertama 'Human Conflict', 2000.
4. Demonyu (1999)-demo pertama 'Spell of Mahsuri', 2001.
5. Assirat (1999)-demo pertama 'Spiritual Dimension', 2003.
Demizer antara nama penting band deathmetal Sabah yang diasaskan pada tahun 1998 yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Mereka juga terlibat secara aktif dalam penganjuran gig di sekitar Kota Kinabalu.
Demizer telah tampil dengan material awal iaitu demo 'Emotions Run Deep' terbitan tahun 1999. Kemudian pada tahun 2005, Demizer muncul pula dengan EP ' Hand of Hate'. Kesinambungan karya kreatif mereka dilanjutkan melalui penerbitan album pertama pada tahun 2013 iaitu 'Carnage Mastermind'.
MANGGAS |
Manggas antara band deathmetal Sabah yang masih bergiat aktif sehingga kini. Mereka turut melahirkan dua buah EP, 'Haas Sarbatus' pada tahun 2000 dan 'Kuraia' terbitan tahun 2011.
Foetal Carnage adalah band brutal deathmetal yang berasal dari Kota Kinabalu. Band ini ditubuhkan pada tahun 1999 telah tampil dengan material awal iaitu demo 'Darknest Hour' terbitan tahun 1999. Mereka tampil pada tahun berikutnya dengan demo kedua iaitu 'Symphony of Death'.
Menjelang era millennium, beberapa band telah ditubuhkan dengan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau kekal menjadi lubuk-lubuk penting scene metal di Sabah.
Perkembangan seterusnya akan dilanjutkan dalam penulisan lain.
Rujukan:
(1)http://crushingearstone.blogspot.my/2009/10/barbalans.html
(2)http://crushingearstone.blogspot.my/2009/11/azarial.html
(3)http://crushingearstone.blogspot.my/2010/01/majestic-east.html
(4)http://crushingearstone.blogspot.my/2010/01/kilatus.html
(5)http://www.metal-archives.com/bands/Nightmare/48268