Friday, November 17, 2017

FARASU Kembali Beraksi di Rock The World 17



Farasu kembali semula beraksi di pentas Rock The World edisi ke-17 (RTW17) yang bakal berlangsung pada 9 Disember 2017.

RTW merupakan sebuah festival rock terbesar di Malaysia akan diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ini merupakan kali kedua Farasu diberi peluang beraksi selepas kali pertama pada 12 Disember 2015 lalu.

Farasu merupakan band deathmetal kelima selepas The Hidden, Sil-Khannaz,Cromok  & Langsuyr yang diberi peluang beraksi di pentas RTW.

Kebetulan ketika ini Farasu rancak dalam kerja-kerja pembikinan album baru, SULALATUS SALATIN yang dijangka dikeluarkan pada Januari 2018.

Selain itu, Farasu baru sahaja menamatkan jelajah muzik mereka di Indonesia dan Taiwan.

Tuesday, July 18, 2017

Farasu bakal tampil album baru tahun 2017


Selepas album 'Against Tyranny' yang terbit pada tahun 2015 lalu, Farasu akan kembali semula dengan album terbaru tidak lama lagi. 

Farasu dijangka akan memulakan kerja-kerja rakaman pada penghujung Ogos hingga awal September 2017. Lapan buah lagu bakal dipertaruhkan untuk album kali ini dengan penampilan yang berbeza daripada 'Against Tyranny'.

Album terbaru ini dijangka akan menerjah pasaran pada penghujung tahun ini. Konsep Nusantara menjadi sandaran kreatif Farasu.