Friday, November 17, 2017

FARASU Kembali Beraksi di Rock The World 17



Farasu kembali semula beraksi di pentas Rock The World edisi ke-17 (RTW17) yang bakal berlangsung pada 9 Disember 2017.

RTW merupakan sebuah festival rock terbesar di Malaysia akan diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ini merupakan kali kedua Farasu diberi peluang beraksi selepas kali pertama pada 12 Disember 2015 lalu.

Farasu merupakan band deathmetal kelima selepas The Hidden, Sil-Khannaz,Cromok  & Langsuyr yang diberi peluang beraksi di pentas RTW.

Kebetulan ketika ini Farasu rancak dalam kerja-kerja pembikinan album baru, SULALATUS SALATIN yang dijangka dikeluarkan pada Januari 2018.

Selain itu, Farasu baru sahaja menamatkan jelajah muzik mereka di Indonesia dan Taiwan.