- pandangan negatif orang-orang luar tentang Adat Perpatih kerana kurang memahami atau tiada pengetahuan tentang adat ini.
- kegagalan Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan kebudayaan & adat-istiadat serta persejarahan Negeri Sembilan secara agresif, produktif dan progresif.
- kegagalan Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio berkenaan adat-istiadat, kebudayaan dan pelancongan dalam memajukan sektor pelancongan yang pelbagai daripada kebudayaan Adat Perpatih.
Apakah peranan Muzium Budaya dan Jabatan Muzium Negeri Sembilan dalam memperkasakan warisan-warisan persejarahan negeri ini?
Aku secara peribadi tidak nampak satu usaha yang progresif daripada kedua-dua pihak ini. Mungkin kebetulan aku ini adalah pekerja kepada PKR Negeri Sembilan akan dilihat semacam cuba hendak memperlekehkan kerajaan negeri yang kebetulan telah ditadbir oleh BN sejak 1957 lagi.
Itu bukanlah tujuan utamanya tetapi ingin mengetengahkan satu titik kelembapan tindakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan yang sepatutnya sejak Tahun Melawat Malaysia 1990 dulu telah ada pelan strategik yang membolehkan industri pelancongan negeri ini lebih berkembang jauh dan tidak hanya berharap selamanya kepada Pantai Peranginan Telok Kemang sebagai modal pelancongan negeri!
Muzium Budaya dan Jabatan Muzium negeri termasuk Exco yang berkaitan dengan bidang ini wajar meneroka dan mengetengahkan sumber-sumber baru yang berkaitan dengan persejarahan negeri. Usaha itu juga mampu diperolehi daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh secara persendirian dari mana-mana individu. Jangan ada sikap menghalang atau menafikan usaha-usaha tersebut semata-mata ia tidak dijalankan secara bersama dengan jabatan terbabit.
Warisan senibina Negeri Sembilan
Aku menyentuh perkara ini secara umum. Salah satu kelebihan senibina negeri adalah Rumah Negeri Sembilan. Ia merupakan antara warisan senibina lama rumah Melayu di Nusantara yang tersendiri. Ramai yang terkeliru bahawa Rumah Negeri Sembilan sama dengan Rumah Minangkabau. Sebenarnya ada banyak perbezaan yang menjadi ciri-ciri istimewa pada kedua-dua senibina ini.
Contoh Rumah Minangkabau |
Rumah Negeri Sembilan mengambil rekabentuk bumbung panjang berbentuk tanduk kerbau Minangkabau akan tetapi ia tidak begitu tinggi menjulang sebahagaimana Rumah Minangkabau. Saiz dan ruang Rumah Negeri Sembilan sedikit kecil dan mempunyai 3-4 set bahagian iaitu serambi, ibu rumah, bahagian tengah dan dapur. Serambi Rumah Negeri Sembilan memanjang mengikut keluasan rumah yang melintang di bahagian hadapan rumah.
Contoh Rumah Negeri Sembilan |
Daerah Rembau dan Kuala Pilah masih memiliki banyak binaan Rumah Negeri Sembilan yang dipercayai ada berumur ratusan tahun. Dalam Daerah Seremban pula rumah jenis ini masih terdapat di kawasan Pantai-Lenggeng, Rantau dan Labu. Manakala di Daerah Port Dickson boleh didapati di kawasan Linggi. Daerah Tampin, Jelebu dan Jempol juga masih ada binaan Rumah Negeri Sembilan tetapi tidak begitu banyak sebagaimana di rembau dan Kuala Pilah.
Jika ke Rembau dan agak rajin untuk menjelajah di kampung-kampung yang terdapat dalam semua mukim, anda akan dapat melihat banyak senibina Rumah Negeri Sembilan. Namun begitu agak mengecewakan kerana kebanyakan rumah tersebut tidak berpenghuni dan tidak dijaga dengan baik. Hanya yang berpenghuni sahaja yang masih elok rupa bentuknya. Ada kebanyakannya juga telah melalui perubahan rekabentuk kerana proses ubah-suai mengikut keperluan penghuni sekarang.
Seandainya situasi ini berterusan, besar kemungkinan warisan senibina Rumah Negeri Sembilan akan lupus atau hilang keaslian rekabentuknya kesan proses ubahsuai semasa. Kerajaan Negeri Sembilan sepatutnya kreatif dan ada inisiatif seperti Kerajaan Negeri Melaka yang memelihara dan memulihara senibina Rumah Melaka sebagai warisan negeri.
Aku yakin ramai yang masih tidak faham dan terkeliru bahawa Negeri Sembilan mempunyai dialek atau loghat tersendiri iaitu 'Loghat Negeri Sembilan' dan ia tidak sama dengan dialek Minang. Loghat Negeri Sembilan merupakan asimilasi atau campuran dialek Minang dengan dialek-dialek tempatan samada dialek Orang Asli atau puak-puak Melayu lain seperti Jawa, Bugis, Jambi atau Melayu Riau.
Inilah keistimewaan yang tersendiri dimiliki oleh Negeri Sembilan melalui loghat, budaya, senibina dan adat-istiadatnya. Namun ia masih gagal dieksploit dan diperkenalkan secara progresif oleh kerajaan negeri. Mana silapnya???
No comments:
Post a Comment