Tarikh: 23 Mac 2013/Sabtu
Venue: MKB Studio, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Masa: 6:00-10:00 pm
Gambar-gambar dipetik daripada Saudara Nasran Mamat Nasr, Aidil Heldrasil & Hafiz Ridzuan Ben __________________________________
Menepati tajuk gig iaitu Impak Menggegar Otak, aku berpandangan ia merupakan gig yang terbaik setakat ini jika mengikut spesifikasi dari segi;
-kepelbagaian band
-kemeriahan & semangat crowd
-suasana venue
-kelancaran perjalanan gig
Ulasan ini hanya meliputi persembahan band pembukaan hingga Chugga Ritual sahaja, kerana selepas band tersebut aku ada urusan keluarga yang wajib diuruskan.
Gig dimulakan lewat daripada masa yang dimaklumkan dalam flyers yang sepatut bermula jam 3:00 petang. Namun begitu, pihak penganjur tetap memulakannya tepat jam 6:00 petang.
SACWRATH |
Ini adalah gig ketiga Farasu. Sebagaimana jangkaan awal kami, ternyata gig ini gagal dari segi menghadirkan crowd yang ramai. Namun begitu, ia bukan satu faktor 'pembunuh' kemeriahan gig.
Aku sempat tengok persembahan dua lagu terakhir oleh band pembukaan, Sacwrath. Persembahan yang bertenaga dan menyakinkan terpancar dari ekspresi muka setiap line-up band tersebut.
Sesuai dengan jiwa muda, lagu-lagu band ini bercorak modern technical death-metal. Sesuatu yang boleh dipuji pada persembahan Sacwrath adalah semua line-up nya memperlihatkan persefahaman dan kombinasi permainan yang agak baik. Young & aggressive!
HELDRASIL |
Seterusnya band kedua menyusul iaitu Heldrasil, sebuah band melodic death-metal dari Seremban. Mengikut pendengaran aku, berdasarkan persembahan lagu-lagu Heldrasil mempunyai pengaruh Swedish Metal yang agak iras dengan corak muzik Dark Tranquility digabungkan dengan melodi-melodi Melayu. Ia terserlah melalui petikan dan alunan skala oleh lead guitar Erik.
Heldrasil tampil dengan dua vokal kali ini. Kelihatan crowd begitu layan 'berheadbanging' sepanjang persembahan Heldrasil!
Tepat jam 7:00 malam, Farasu mengambil alih pentas gig. Kali ini kami semua bermain dalam mood yang relaks memandangkan tidak melibatkan senarai band yang banyak sebagaimana 'kerencaman' sikap kebanyakan penganjur gig yang gemar membariskan senarai panjang band dalam sesbuah gig!
Ucapan terima kasih aku secara peribadi pada Acu Heldrasil yang sudi meminjamkan set cymbal beliau untuk persembahan Farasu.
Farasu memulakan persembahan dengan lagu Keris Songsang disusuli Patrasari, Bisikan Suara Halus, Tangisan Malam dan diakhiri dengan sebuah lagu cover 'Holy Diver' (DIO).
Aku kebasahan dek peluh yang keluar mengalir gara-gara bahang di sudut pentas yang tiada sebarang angin daripada air-con. Perkara sama dialami oleh semua band. Namun itu bukan suatu halangan untuk kami memberi persembahan bertenaga. Aku sendiri agak selesa dengan set drum yang ada, mungkin pihak Studio MKB telah menukar set skin pada tom dan bass. Terasa melantun dan boleh 'tripplet' twin pedal aku.
Aku terpaksa bergantung pendengaran sepenuhnya kepada sound gitar kerana langsung tidak mendengar suara vokal. Ini lagi satu kekurangan yang wajar diambil perhatian pihak MKB dengan menyediakan sekurang-kurangnya satu monitor di belakang pentas bersebelahan drum set. Mujur sound gitar dan bass semasa persembahan kami berada dalam keadaan baik. Aku hanya boleh mendengar 'sing-along' crowd ketika lagu terakhir-"Holy Diver..soul survivor!" HAHAHHAHHAAHHA...
CHUGGA RITUAL |
Sebelum bergerak balik, aku sempat melayan persembahan band dari Singapura-Chugga Ritual. Jujur bicara aku, ini band sangat sempoi!
Tampil dengan konsep death-grind-humoristic, persembahan Chugga Ritual sangat menghiburkan. Crowd diajak untuk 'sing-along chorus' lagu-lagu mereka seperti 'Kepala Butuh', 'Kesian tengok muka saya dan sebagainya yang mencetuskan mood gelak ketawa!
Tampil dengan konsep death-grind-humoristic, persembahan Chugga Ritual sangat menghiburkan. Crowd diajak untuk 'sing-along chorus' lagu-lagu mereka seperti 'Kepala Butuh', 'Kesian tengok muka saya dan sebagainya yang mencetuskan mood gelak ketawa!
BLACK TERRITORY |
TRAGICA |
Beberapa band selepas itu yang tak berkesempatan untuk ditonton adalah Tragica, dan Black Territory.
Kesimpulan
Walaupun gig ini tidak menghadirkan ramai crowd, namun ia sebuah gig yang sangat happening. Penganjur agak bijak dari segi menyenaraikan band yang mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri tanpa terikat dengan satu-satu konsep metal. Kepelbagaian seperti ini wajar dilaksanakan pada kebanyakan gig dan tidak terikat dengan satu genre metal memandangkan scene metal negara yang tidak besar. Aku yakin tiap-tiap crowd yang hadir dalam gig kali ini terhibur dan teruja dengan semua persembahan band terlibat.
Venue gig aku kira sangat strategik dan tidaklah mengganggu kerana terletak dalam pusat perniagaan Bandar Baru Bangi. Lebih menarik MKB Studio berada dalam lingkungan kawasan perniagaan makanan yang pelbagai. Tidak timbul kesukaran untuk mencari tempat melepak dan makan sementara menunggu gig atau persembahan sesuatu band.
Kekurangan yang sangat biasa berlaku dalam scene metal negara adalah kelewatan memulakan gig. Aku berharap agar untuk penganjuran seterusnya, pihak penganjur wajar dan wajib bertegas dalam perjalanan gig. Penetapan masa gig wajar diambil berat supaya gig tidak bermula lewat yang boleh membantutkan mood crowd dan band. Lewat setengah jam daripada waktu asal itu tidak menjadi masalah tetapi lewat lebih daripada dua jam itu yang bakal mencetuskan persepsi lain!
Promosi gig juga wajar menggunakan kaedah lama iaitu edaran flyers dan iklan samada akhbar atau majalah-majalah muzik. Ini pandangan peribadi aku-promosi melalui laman sosial seperti FB belum cukup untuk menarik kehadiran ramai crowd. Promosi gig juga memerlukan satu regim khusus supaya diketahui ramai dan dapat menarik kehadiran.
Terima kasih buat penganjur yang sangat komited untuk menjayakan gig dan crowd yang hadir serta menyokong persembahan tiap-tiap band! Semangat ini yang diperlukan untuk menghidup dan memeriahkan scene metal negara tanpa dicengkam politiking scene!!!
No comments:
Post a Comment