Wednesday, March 6, 2013

Tengok Wayang: Rock Ooo


Rock Oo..umpama sambungan kepada filem Rock. Filem arahan Mamat Khalid yang menampilkan gaya pakaian, sikap dan muzik era rock 80an tanah air yang pernah mengegar scene muzik Nusantara.

Aku menonton filem ini bersama isteri tercinta di TGV Cinema The Mines, Balakong. Dalam tempoh dua minggu, ini filem Melayu kedua dan arahan Mamat Khalid yang aku tengok. Sebelum ini melayan filem Jin Toncet, Mon & Husin yang sempoi dari segi selingan aksi-aksi lawak.

Cuma kali ini kepuasan menonton Rock Oo tidak sama sebagaimana filem Rock dahulu. Ini pandangan aku, seperti ada yang tidak terlepas untuk disampaikan melalui filem ini. 

Bahagian-bahagian lawak filem ini memang menjadi samada dari mimik muka Que Haidar, Khir Rahman dan Sofi Jikan serta gaya 'rock' kangkang yang mengedik...kakakakkaka.

Ada beberapa bahagian filem ini yang mencetuskan 'flash-back' pada pengalaman aku yang lepas-lepas sejak aktif bergelumang dengan muzik. Scene yang memaparkan Pekin Ibrahim membawa watak Slash yang datang jamming dengan awek cintan memang berlaku dan masih berlaku hingga kini....kakakakakka. Sampaikan ada line-up dalam band sakit hati sebab 'gangguan' sebegitu. Semangat semacam Slash itu juga wujud. 

Aku agak suka dengan ayat selamba yang diucapkan oleh Pekin iaitu 'Wa ok je!' suatu ayat yang kerap diucap oleh anggota band lama aku dulu..tak kisah apa keadaan, itulah ayat yang diucapnya! Memang kenangan betul. Cuma senario maki dan terus tinggalkan awek itu tak pernah berlakulah dalam band lama aku dulu.

Kali ini aksi dan persembahan 'live band' agak kurang terserlah sebagaimana filem Rock. Ia banyak memaparkan scene yang dramatik-pengurus kena tangkap, kawan rumah mati hisap dadah, berlapar sebab takde duit nak makan....cuma scene dalam tempat gig bernama Galactica itu aku tak berapa faham...macam tergantung tujuan Rimba Bara datang ke situ...

Ada hakikat yang berlaku dalam band yang dipaparkan benar-benar berlaku. Tukar ganti line-up itu sememangnya berlaku dalam semua band muzik. Kegagalan line-up band menerima hakikat tidak boleh menyanyi, tiada bakat itu juga berlaku...kakakkakaka. Nyanyi ke laut entah ke mana...

Filem ini sebenarnya mencetuskan ingatan penonton kepada kegemilangan muzik rock yang telah menaikkan scene muzik Malaysia era 80an dahulu. Akhir filem ini turut memaparkan scene 'upacara potong rambut' yang pernah berlaku ketika Datuk Mohamed Rahmat menjadi Menteri Penerangan dahulu. Beliau menjadi lambang kejatuhan scene muzik rock negara, ditambah pula dengan beberapa media memainkan 'peranan' menyampaikan suasana negatif pengikut-pengikut rock.

Lepas ini, Mamat Khalid boleh buat satu filem tentang scene Metal Malaysia pulak...harap itu berlaku supaya 'kebobrokan' media membuat untung dapat dipaparkan melalui manipulasi isu 'Black Metal' yang hampir membunuh scene Metal Malaysia...namun komuniti Metal Malaysia lebih berdikari dan memperlihatkan 'fighting force' walaupun kecil tetapi tetap wujud hingga kini!


No comments: