Wednesday, March 6, 2013

Logo baru Farasu


Inilah logo terkini Farasu yang dihasilkan oleh vokalis kami, saudara Shah Zaini. Logo yang sama juga telah dipamerkan dalam laman sosial Facebook oleh semua anggota dan page Farasu.

Logo baru ini turut melalui beberapa kali gubahan semula atas beberapa elemen yang dianggap tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Farasu. 

Ada yang bertanya, mengapa & kenapa bermotifkan kuda?

Jawapannya mudah kerana perkataan Farasu itu sendiri diambil daripada nama kuda semberani/ajaib (pegasus) Raja Suran iaitu Farasu al-Bahri. Ia tidak sama dengan ikon Cromok malah tiada kaitan langsung kerana ikon Cromok adalah unicorn. 

Perkataan Farasu itu juga berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kuda. Motif dan lorekan gaya Nusantara bersama bintang bucu lapan adalah gambaran ketimuran. Ia juga melambangkan corak muzik Farasu-modern eastern metal!

Kemunculan logo ini adalah bayangan bahawa Farasu bakal mencetuskan kelainan baru dan visi untuk maju dalam seni muzik Metal kalau boleh sampai ke peringkat antarabangsa.

Ayat poyo & provok yang boleh aku ungkapkan di sini;
'Farasu...the mighty eastern metal!'

No comments: