Demo "A Millenium of Madness" 2003 |
Aku hampir terlupa usia Farasu kini genap sudah 10 tahun pada 13 Disember 2012 lepas. Kesibukan dengan kerja-kerja politik meragut sedikit ingatan dan komitmen masa bersama Farasu. Namun itu hanya seketika dan jiwa muzik aku takkan tergadai dek kerana desakan kerja-kerja politik!
Aku sendiri semacam terasa baru semalam terlibat dengan dunia muzik metal tanahair dan seperti Farasu baru sahaja sebulan wujud. Terkenang waktu-waktu awal ketika pertemuan pertama aku, Nahaq dan Bul membincangkan penubuhan sebuah band di Restoran Azwath, Seri Serdang.
Kalau tak silap, perbincangan itu berlaku sekitar jam 10.30 malam. Kami bertiga juga jamming kali pertama jam 1.00 pagi di Studio Eruption. Lagu yang kami cuba adalah lagu-lagu dari Athotorgh- 'Bath In Sin' dan 'Serpent Scream'. Percubaan jamming ini menjadi dan serasi kerana kami sama-sama berminat dengan Athotorgh.
Farasu 2006-2007 |
Farasu sendiri telah melalui zamannya tersendiri dari segi perubahan keanggotaan band, persembahan, penghasilan material dan pengalaman meruncing yang hampir sahaja menguburkan band ini. Aku tidak pernah sekali menyerah kalah dan membiarkan Farasu hilang daripada peta muzik metal negara walaupun pernah suatu masa aku berseorangan memastikan 'keberadaan' band ini daripada ditelan asakan masalah-masalah lalu.
Farasu 2008-2011 Sesi temubual langsung Muzik FM-Rock Selamba |
Bul kini menumpu urusan perniagaan dan keluarga. Komitmen beliau sangat diperlukan untuk menguruskan sebuah perniagaan keluarga yang sangat berjaya. Tanpa sokongan dan keterujaan beliau, mungkin penyatuan line-up awal Farasu takkan berjaya pada tahun 2008 lalu. Atas komitmen beliau juga Farasu turut berjaya menghasilkan album pertama 'Menongkah Arus' pada tahun 2010. Walaupun beliau tidak bersama dengan Farasu, semangat Bul tetap kekal bersama kami!
Material Baru
Perancangan Farasu yang dinyatakan sebelum ini masih berjalan lancar. Tahun 2013 akan datang bakal menampilkan material baru daripada kami. Ada yang kata Farasu sudah otai, namun secara jujur dan pandangan peribadi, aku tidak merasakan kami ini otai tetapi kami pemuzik tegar metal (pinjam ayat M.Nasir) yang masih teruja untuk terus menghasilkan karya kreatif tanpa mempedulikan asakan usia dan keadaan!
Kami akan tampil dengan kelainan dan kreativiti baru serta tidak mahu dipengaruhi oleh trendy yang sering menjadikan kepelbagaian kreativiti terbatas. Farasu adalah Farasu. Muzik kami tetap berbeza.
Secara tidak langsung, kami telah memperkenalkan nama album yang bakal diterbitkan melalui usaha Nahaq. 'Against The Tyranny' menjadi pilihan (mungkin bertukar tajuk album bergantung kepada keadaan) yang bakal mempersembahkan lirik lagu-lagu bercorak keadilan sosial, penentangan kezaliman pemerintah dan kehidupan. Namun ada juga lagu yang menyentuh hikayat purba diselitkan.
Material Baru
Perancangan Farasu yang dinyatakan sebelum ini masih berjalan lancar. Tahun 2013 akan datang bakal menampilkan material baru daripada kami. Ada yang kata Farasu sudah otai, namun secara jujur dan pandangan peribadi, aku tidak merasakan kami ini otai tetapi kami pemuzik tegar metal (pinjam ayat M.Nasir) yang masih teruja untuk terus menghasilkan karya kreatif tanpa mempedulikan asakan usia dan keadaan!
Logo terkini Farasu (2013) |
Secara tidak langsung, kami telah memperkenalkan nama album yang bakal diterbitkan melalui usaha Nahaq. 'Against The Tyranny' menjadi pilihan (mungkin bertukar tajuk album bergantung kepada keadaan) yang bakal mempersembahkan lirik lagu-lagu bercorak keadilan sosial, penentangan kezaliman pemerintah dan kehidupan. Namun ada juga lagu yang menyentuh hikayat purba diselitkan.
Keanggotaan terkini Farasu adalah;
Nahaq-gitar
Jo Yuhan-gitar
Apai-bass
Fidaiyyin-drum
Akhir bicara, aku tabik hormat atas komitmen, kesetiaan dan persahabatan kepada Nahaq & Bul dan keyakinan tiap-tiap individu yang pernah terlibat menjayakan agenda muzik Farasu.
No comments:
Post a Comment