Sunday, September 4, 2011

Sorotan Dinihari: Mengenang Perjuangan Sebenar Kemerdekaan Tanah Air


Gambar Allahyarham Tok Janggut


Gambar Allahyarham Rosli Dhobi


Tokku Paloh


Gambar Shamsiah Fakeh

Paparan wajah-wajah di atas adalah sebahagian daripada barisan sebenar pejuang tanah air yang kental dan berjiwa berani menentang penjajahan Inggeris. Persoalan-persoalan yang kini ditimbulkan akan peranan gerombolan Umno memperjuangkan kemerdekaan terus menjadi tanda tanya generasi baru, apakah memang benar Umno hanya tunduk kepada Inggeris/ British untuk menentang bangsa sendiri yang berjuang membebaskan negara ini daripada cengkaman British? atau gerombolan Umno tidak menumpahkan setitik darah pun untuk berjuang melawan penjajah?

Apakah kerana Rosli Dhobi membunuh Residen British dianggap penderhaka sedangkan beliau mahu membebaskan tanah air daripada penjajah?

Adakah Gerila Parti Komunis Malaya (PKM) membunuh Henry Gurney iaitu seorang individu yang bertanggungjawab menjadi antara pelopor kepada penubuhan negara Israel juga dianggap pengganas dan musuh negara?

Apakah Tok Janggut menikam-bunuh seorang mata-mata British yang berbangsa Melayu yang bertuankan penjajah British juga dianggap pengkhianat negara atau pengkhianat British? Adakah Tok Janggut pengkhianat Melayu atau mata-mata British yang berbangsa Melayu itu pengkhianat sebenar bangsa?

Terpulang kepada kita semua untuk kembali menyoroti sejarah melalui fakta yang benar, tepat dan menyeluruh.

No comments: