Kali pertama aku mengetahui band old-timer, Athotorgh ketika masih belajar di Tingkatan Enam pada tahun 1997. Sahabat aku, Faizal Fauzi datang ke kelas aku waktu rehat dan menunjukkan suratkhabar THE STAR (hujung tahun 1997) yang menyiarkan ulasan tentang EP Promaster Dieyana. Aku kagum ada media arus perdana yang terbuka menyiarkan produk-produk muzik bawah tanah.
Aku sekadar membaca sekali imbas dan terpikir dalam kepala, "Band apa ni? Tak pernah dengar pun." Namun, ketika bulan Januari 1998 hati aku terus tergerak dan membeli EP ini di Terminal One Seremban. Aku sangat hendak tahu jenis muzik yang dibawa.
Ketika itu juga, pengetahuan aku tentang sejarah muzik metal tempatan agak terbatas. Sekadar mengenali yang sering disebut-ulang oleh kawan-kawan seperti Cromok, Sil-Khannaz, Langsuyr, Silent Death, FTG dan Seasonal Abyss.
Setelah membeli EP ini, aku terus terpaku mendengar lagu-lagu di dalamnya. Wah...padat betul sound dan betul punya thrashing...Aku tak terjangka mutu bunyi EP ini baik, mantap, keras tapi masih bersih mendengar riff-riff gitar dan stroke drum yang padu. Pandangan aku saat itu: ini yang terbaik dan tersendiri, tidak boleh disamakan dengan Cromok atau Sil Khannaz.
Aku masih ingat tajuk-tajuk track lagu EP ini: GMF, Bath In Sin, Beyond The Serpent Scream, The Rites dan Promaster Dieyana.
Antara lagu yang kerap dibawa ketika sesi jamming sewaktu bersama band lama dulu-dulu (1998-2001) ialah GMF, Serpent Scream dan Promaster Dieyana. Ini adalah senarai lagu wajib sesi jamming waktu itu.
Setelah Farasu ditubuhkan, kami turut juga menjadikan lagu-lagu Athotorgh sebagai cover-songs ketika persembahan gig. Dalam demo pertama Farasu, "A Millenium of Madness" tahun 2003, ada dua lagu iaitu Bath In Sin dan Serpent Screamer telah dijadikan cover songs di dalamnya (kakaka...mintak maaflah kat Ajak Ultra Hingax...kami masukkan lagu tanpa kebenaran dalam demo ni).
Kesimpulannya, EP ini mantap dari segi lagu walaupun riffnya ringkas tetapi cacthy, stroke drumming yang pantas, padu dan menyakinkan walaupun ringkas, liriknya aku tak berapa fahamlah tetapi melodi nyanyian sentiasa boleh diingati. Yang paling penting dan menjadi tarikan utama adalah mutu bunyinya-bersih tetapi crunchy, bertenaga dan sedap telinga mendengarnya.
No comments:
Post a Comment