Tuesday, December 22, 2009
Kompilasi UG Muzik Negeri Sembilan
Satu usaha menghimpunkan semua band underground Negeri Sembilan sedang giat dijalankan oleh beberapa individu. Salah seorangnya, Amir Psychotic Sufferance. Beliau adalah antara pelopor awal penggiat muzik ug Negeri Sembilan yang masih kekal bertahan sehingga kini kerana kejujurannya berjuang dalam dunia muzik.
Ini adalah suatu usaha yang baik dan dapat menyatukan seluruh perjuangan muzik bawah tanah dari pelbagai genre dalam sebuah material. Semoga usaha murni ini akan mendapat sokongan padu daripada komuniti muzik Negeri Sembilan khususnya yang berpusat di Seremban, Senawang, Rembau dan Tampin.
Agenda pengukuhan solidariti komuniti muzik ug Negeri Sembilan ini penting sebagai memperlihatkan kesungguhan, kewujudan dan keupayaan scene muzik ug yang kuat di negeri ini.
Sebelum ini, usaha penyatuan komuniti muzik ug negeri ini dijalankan melalui penganjuran aktif beberapa gig namun kesungguhan aktif itu telah dirosakkan oleh sikap dengki khianat segelintir manusia yang kononnya "otai", telah menyebarkan stigma buruk sangka kepada individu-individu yang jujur dalam memajukan scene muzik ug N.Sembilan. Hakikatnya, manusia-manusia keparat ini TIDAK punya sebarang usaha pun untuk memajukan scene malah sekadar pandai bergebang dusta menjahanamkan usaha orang lain.
Semoga usaha murni saudara Amir dan pasukannya ini (Chainsaw Revolution) akan membuahkan hasil dengan sokongan jitu komuniti muzik yang ikhlas berjuang. Zaman ini adalah zaman yang penuh dengan perubahan dan segala cakap-cakap kosong, poyo, wannabe telah TIDAK terpakai dan TIDAK laku untuk merosak pemikiran penggiat-penggiat muzik ug di Negeri Sembilan.
Harapan tinggi dengan usaha ini dizahirkan, segala kejumudan dan kongkongan lapuk dapat dirobohkan. Segala katak-katak bawah tempurung yang sekian lama sibuk melaung-laung kosong dapat dihalau jauh dari pentas scene muzik ug negeri ini.
"Only the stronger will survived"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment