Wednesday, December 30, 2009

Album baru Farasu-Menongkah Arus edar 1/1/2010

Setelah menanti proses pencetakan cd dan pembungkusan diselesaikan, akhirnya penantian ini berakhir dan secara rasminya album terbaru Farasu, Menongkah Arus akan diedarkan pada 1/1/2010.

Permulaan ini, edaran terhad di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa kawasan berdekatan. Edaran album ini akan diperluaskan ke kedai-kedai muzik utama dalam tempoh beberapa waktu.

Album ini mengandungi lapan buah lagu hasil kreativiti anggota Farasu. Masih mengekal konsep 'eastern melodic death thrash metal' dan ia menampilkan kelainan baru berbanding material yang sebelum ini.

Untuk mendapatkan album ini selain di kedai-kedai muzik, sila berhubung terus dengan;
Nahaq (012-235 2094),
Bul (017-208 5020),
Mus (016-631 9585) atau
Arm (012-620 4709).


Album dijual RM20.00 satu. Jika melalui tempahan pos: RM25.00

Tuesday, December 29, 2009

Band Metal Tempatan Pilihan

Cromok...ini adalah pilihan pertama aku.Band metal Malaysia yang punya pengaruh dan peminat yang ramai di negara ini. Bermula daripada era akhir 80an & awal 90an hinggalah ke dekad kini, pengaruh Cromok sentiasa ada pada setiap generasi, daripada yang sekarang sudah menjadi orang senior (umur 50 tahun ke atas), yang pertengahan usia (bawah 45 tahun-30 tahun) dan kelompok usia remaja anak muda kenal Cromok.

Aku mula mengetahui Cromok ketika Tingkatan Tiga (1993) yang pada ketika itu tidak faham muzik metal dan pendengaran aku merasakan lagu-lagu metal itu sama sahaja bunyinya-bising, suara garau seperti harimau dan menakutkan. Ada seorang kawan sekampung (pelajar Sekolah Agama di Rantau, Seremban) sebaya aku telah memperkenalkan muzik Cromok kepada aku. Namun waktu itu, aku tidak begitu mengambil kisah pada saranannya. Waktu yang itu yang aku rasa berat muziknya hanyalah Wings tak pun XPDC...(kakakaka...miskin pengetahuan time tu beb).

Setelah aku berpindah sekolah iaitu masuk ke Sekolah Vokasional di Seremban, suasana persekitaran yang berlainan telah mendedahkan aku terus kepada muzik metal secara khusus. Sekali lagi rakan-rakan kelas aku telah menyarankan Cromok. Kali ini aku tidak menolak dan terus mendengar serta menghayati muziknya. Akhirnya, aku dapat menerima muzik Cromok sehingga kini.

Cromok cukup mempengaruhi semangat aku untuk terlibat dalam dunia muzik metal. Riff-riff lagunya telah memberi banyak ilham dan aku mula mempelajari lagu-lagu Cromok. Kiranya, waktu sesiapa yang dapat main lagu Cromok memang dikira hebatlah...(kakaka...aku ambik 3 tahun selepas sekolah baru boleh main lagu Cromok).

Pada aku, Cromok adalah band yang menampilkan ciri-ciri muzik metal versi timur walaupun kerangka pengaruhnya dikuasai elemen barat. Skala Jawa dan Arabic ketara dalam semua lagu Cromok.

Selain daripada lagu-lagu Athotorgh, lagu-lagu Cromok menjadi lagu wajib sesi jamming aku. Lagu pilihan daripada Cromok yang menjadi santapan sesi jamming adalah Some Where Anywhere, Misery, Memories, Siblings, Final Thicking, La Crosse, Metalugical dan Obbessed.

Album pilihan aku daripada Cromok adalah Image of Purity, Forever In Time, Yours Truly dan Deafeaning Silence. Cuma dua album selepas kemasukan Hilary Ang aku tak berapa minat mendengarnya kerana lagu-lagunya seperti merundum kehangatannya. Melainkan album Deafeaning Silence-agak bagus dilayan. Forever In Time kalau tidak silap telah terjual lebih daripada 100 ribu unit. Entah berapa kali diulang cetak.


Pilihan kedua aku ialah Sil Khannaz. Tidak perlu diperkatakan panjang lebar kerana ia band metal terulung negara kini. Semua peminat, pengikut dan wannabey termasuk metal poyo's pun kenal Sil Khannaz.

Aku mula kenal dan mengetahui Sil Khannaz ketika Tingkatan Empat di Sekolah Vokasional. Ramai rakan-rakan kelas aku peminat muzik bawah tanah daripada punk, hardcore, grunge hingga ke metal. Cuma aku mendengar terbalik iaitu dari album Gerbang Kayangan teruslah ke album sesebelumnya. Gerbang Kayangan yang telah mencetuskan rasa minat aku pada muzik Sil Khannaz. Lagu-lagu di dalamnya meninggalkan kesan yang cukup positif dan sampai sekaranglah dibawa dalam sesi jamming. Lagu hit untuk sesi jamming adalah Santapan Terakhir Raja Bersiong dan Gerbang Kayangan. Lagu Hamba Malam dibawa semasa dengan band lama aku dulu.

Muzik Sil Khannaz tersendiri dari segi sound, susunan riff dan temanya. Band otai ini seperti Cromok juga, ada ciri-ciri muzik metal versi timur. Album Sil Khannaz yang ada dalam simpanan aku adalah Pendita Gila, Gerbang Kayangan, Bara Pawaka dan Berdiri Di Antara Panji-panji.

Lagu terbaik Sil Khannaz pada sudut pendengaran aku ialah Eastern Barbaric Skullcrusher, Intravena Tantrika, Hamba Malam, Kiss of The Whisper dan Gerbang Kayangan.


Langsuyr adalah pilihan ketiga aku. Seperti Sil Khannaz juga, band ini aku kenal dan mengetahuinya ketika Tingkatan Empat.

Material yang merasuk aku untuk mendengar muzik Langsuyr adalah EP Eastern Cruelty. Memang hebat rasanya saat itu mendengar EP ini. Lagu hitnya sudah pastilah My Oath of Thee dan Tangisan Embun Pagi.

Aku lebih memilih Langsuyr berbanding Assahar kerana muzik Langsuyr lebih kejam tetapi soundnya baik dan jelas didengar. Tidak begitu serabut nak mendengar riff-riff gitarnya. Langsuyr jugalah menjadi pencetus muzik Eastern Metal bersama-sama Assahar. Memang jelas ketara elemen eastern metal yang ditampilkan.

Muziknya tersendiri dan ada keasliannya. Kekejaman muziknya terpamer dalam Kompilasi Ipoh Militant melalui dua lagu iaitu Ku Cemari dan Descent of Fire-Breathed. Sound kedua-dua lagu ini memperlihatkan kematangan muziknya. Namun, harapan aku untuk melihat album yang bakal dikeluarkan pada waktu itu tidak kesampaian apabila dikhabarkan Langsuyr dilanda masalah.

Langsuyr masih meneruskan kekejamannya dalam suasana muzik yang berlainan tetapi mengekalkan sifat-sifat eastern metalnya. Sudah keluar pun lagu-lagu Langsuyr di radio-radio arus perdana.

Ini sekadar pandangan peribadi. Segala kekurangan sila perbaiki.




Monday, December 28, 2009

Ulasan Ep Pilihanku: Athotorgh

Kali pertama aku mengetahui band old-timer, Athotorgh ketika masih belajar di Tingkatan Enam pada tahun 1997. Sahabat aku, Faizal Fauzi datang ke kelas aku waktu rehat dan menunjukkan suratkhabar THE STAR (hujung tahun 1997) yang menyiarkan ulasan tentang EP Promaster Dieyana. Aku kagum ada media arus perdana yang terbuka menyiarkan produk-produk muzik bawah tanah.

Aku sekadar membaca sekali imbas dan terpikir dalam kepala, "Band apa ni? Tak pernah dengar pun." Namun, ketika bulan Januari 1998 hati aku terus tergerak dan membeli EP ini di Terminal One Seremban. Aku sangat hendak tahu jenis muzik yang dibawa.

Ketika itu juga, pengetahuan aku tentang sejarah muzik metal tempatan agak terbatas. Sekadar mengenali yang sering disebut-ulang oleh kawan-kawan seperti Cromok, Sil-Khannaz, Langsuyr, Silent Death, FTG dan Seasonal Abyss.

Setelah membeli EP ini, aku terus terpaku mendengar lagu-lagu di dalamnya. Wah...padat betul sound dan betul punya thrashing...Aku tak terjangka mutu bunyi EP ini baik, mantap, keras tapi masih bersih mendengar riff-riff gitar dan stroke drum yang padu. Pandangan aku saat itu: ini yang terbaik dan tersendiri, tidak boleh disamakan dengan Cromok atau Sil Khannaz.

Aku masih ingat tajuk-tajuk track lagu EP ini: GMF, Bath In Sin, Beyond The Serpent Scream, The Rites dan Promaster Dieyana.

Antara lagu yang kerap dibawa ketika sesi jamming sewaktu bersama band lama dulu-dulu (1998-2001) ialah GMF, Serpent Scream dan Promaster Dieyana. Ini adalah senarai lagu wajib sesi jamming waktu itu.

Setelah Farasu ditubuhkan, kami turut juga menjadikan lagu-lagu Athotorgh sebagai cover-songs ketika persembahan gig. Dalam demo pertama Farasu, "A Millenium of Madness" tahun 2003, ada dua lagu iaitu Bath In Sin dan Serpent Screamer telah dijadikan cover songs di dalamnya (kakaka...mintak maaflah kat Ajak Ultra Hingax...kami masukkan lagu tanpa kebenaran dalam demo ni).

Kesimpulannya, EP ini mantap dari segi lagu walaupun riffnya ringkas tetapi cacthy, stroke drumming yang pantas, padu dan menyakinkan walaupun ringkas, liriknya aku tak berapa fahamlah tetapi melodi nyanyian sentiasa boleh diingati. Yang paling penting dan menjadi tarikan utama adalah mutu bunyinya-bersih tetapi crunchy, bertenaga dan sedap telinga mendengarnya.

Wednesday, December 23, 2009

Ulasan Lagu Pilihanku: In Shadows & Dust

Kental dan padu...inilah kesimpulan lagu In Shadows & Dust dari album band grind-deathmetal Kanada, Kataklysm-Shadows & Dust.

Lagu ini pertama kali aku dengar pada tahun 2003 lalu melalui video-klipnya dan selepas itu barulah aku mencari dan mendengar album ini.

Keseluruhan album ini memang layan dan mantap dari segi bunyi serta grinding drum. Namun, aku memilih lagu In Shadows & Dust sebagai pilihan terbaik daripada semua lagu yang ada dalamnya.

Down tune(drop D..mungkin G#) gitarnya yang menambahkan berat bunyi membuatkan telinga diserang dengan kebingitan riff lagu yang sebenarnya simple-sekadar 3-4 riff tetapi susunan yang kreatif menjadikan ia mudah dilayan ( headbanginglah bro!). Bunyi bass juga jelas kedengaran dan tetap terserlah di dalam kebingitan lagu yang kejam menerjah pendengaran.

Aku kagum pada drumming dalam lagu ini. Stroke grinding begitu ketara menguasai bahagian tengah lagu. Snare grind-stroke terus kental dipalu tanpa henti. Pada bahagian tengah inilah yang menjadi nadi kekuatan dan tarikan utama In Shadows & Dust. Pendapat aku-nak bawa lagu ni, drummer kena mahir dan menguasai teknik grind stroke yang betul dan konsisten. Barulah nampak keberkesanannya.

Kerana lagu ini, aku meminati Kataklysm yang sebelum ini aku tak pernah tahu secara perinci.

Nota: Ini adalah pendapat peribadi. Sebarang kekurangan, sila tambah.


Tuesday, December 22, 2009

Majalah Kartun: Perak Darul Kartun

Cover depan

Satu lagi usaha berani, kreatif dan sinikal daripada Zunar & pasukan kartunisnya. Majalah kartun yang betul-betul menampilkan keberanian dan kelainan berbanding majalah kartun biasa. Sebelum ini, Zunar ada menerbitkan Gedung Kartun yang telah diharamkan penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri.

Aku telah sempat membelinya pada Konvensyen PR sabtu lepas. Memang menarik dan berbaloi memilikinya. Kelakar, sinis, kritis, menghiburkan dan menaikkan rasa kesedaran kepada situasi politik semasa.

Isu-isu politik semasa dikritik secara sinis melalui kartun. Watak-watak kartun yang korup, pencabul undang-undang mewarnai ruangan majalah ini. Rugi sesiapa tidak memilikinya. Nak tau kisah dan isi ceritanya, segera dapatkan sebelum ia bakal diharamkan oleh KDN...kakakakaka.

Ulasan Lagu Pilihan: Born In Flickering

Lagu ini adalah bonus track dalam album Old Mans Child (OMC): "Slaves New World" yang dirakam semula. Born In Flickering sebelum ini adalah salah satu track lagu dalam album OMC terdahulu.

Namun, aku lebih suka mendengar bonus track ini berbanding track asal kerana soundnya lebih jelas, bersih dan melodic namun masih mengekalkan aura darkness black metalnya.

Pada perspektif pendengaran aku, riff-riff lagunya pelbagai dan tidak jemu untuk didengar. Maksudnya, riff-riffnya tidak terikat dengan peraturan tipikal black metal-ada bahagian grinding, relaks dan melodic. Paling asyik adalah bahagian akhir lagu ini yang tampil dengan riff melodic. Rasanya inilah kekuatan lagu tersebut iaitu melodi akhirnya itu. Iramanya paling mudah diingati.

Drum tracknya medium iaitu pelbagai yang tidak terlalu berat atau ekstrim. Cuma 'kegerunan' itu wujud pada lenggok nyanyiannya.

Nota: ini adalah pandangan peribadi. Jika ada tambahan maklumat, sila nyata.

Album Baru-Menongkah Arus


Akhirnya setelah menanti dengan penuh sabar dan usaha keras sejak 1 tahun lepas, Farasu bakal hadir dengan album baru iaitu Menongkah Arus tidak lama lagi.

Ia bagaikan sesuatu yang mengujakan sejak sekian lama Farasu berdiam diri dari tahun 2007 setelah dilanda keributan dalaman yang melunturkan semangat perjuangan.

Apabila segala keributan itu diredakan, Farasu telah kembali kepada formasi keanggotaan asalnya. Nahaq dan Bul menyemarakkan semula perjuangan dengan bersatu menjana ilham, kreativiti, tenaga, masa dan kewangan. Penantian dan pengorbanan selama setahun telah berhasil dengan kemunculan album terbaru ini.

Album ini adalah hasil yang terkini, mungkin yang terbaik pada saat ini dan ia datang dalam pakej yg lebih kemas tersusun-mutu bunyi yang lebih baik-susunan lagu yg lebih bertenaga-lirik yg jelas maksud dan tujuannya.

Nantikan hasil terbaru kami ini.

"Only the stronger will survived"

Kompilasi UG Muzik Negeri Sembilan


Satu usaha menghimpunkan semua band underground Negeri Sembilan sedang giat dijalankan oleh beberapa individu. Salah seorangnya, Amir Psychotic Sufferance. Beliau adalah antara pelopor awal penggiat muzik ug Negeri Sembilan yang masih kekal bertahan sehingga kini kerana kejujurannya berjuang dalam dunia muzik.

Ini adalah suatu usaha yang baik dan dapat menyatukan seluruh perjuangan muzik bawah tanah dari pelbagai genre dalam sebuah material. Semoga usaha murni ini akan mendapat sokongan padu daripada komuniti muzik Negeri Sembilan khususnya yang berpusat di Seremban, Senawang, Rembau dan Tampin.

Agenda pengukuhan solidariti komuniti muzik ug Negeri Sembilan ini penting sebagai memperlihatkan kesungguhan, kewujudan dan keupayaan scene muzik ug yang kuat di negeri ini.

Sebelum ini, usaha penyatuan komuniti muzik ug negeri ini dijalankan melalui penganjuran aktif beberapa gig namun kesungguhan aktif itu telah dirosakkan oleh sikap dengki khianat segelintir manusia yang kononnya "otai", telah menyebarkan stigma buruk sangka kepada individu-individu yang jujur dalam memajukan scene muzik ug N.Sembilan. Hakikatnya, manusia-manusia keparat ini TIDAK punya sebarang usaha pun untuk memajukan scene malah sekadar pandai bergebang dusta menjahanamkan usaha orang lain.

Semoga usaha murni saudara Amir dan pasukannya ini (Chainsaw Revolution) akan membuahkan hasil dengan sokongan jitu komuniti muzik yang ikhlas berjuang. Zaman ini adalah zaman yang penuh dengan perubahan dan segala cakap-cakap kosong, poyo, wannabe telah TIDAK terpakai dan TIDAK laku untuk merosak pemikiran penggiat-penggiat muzik ug di Negeri Sembilan.

Harapan tinggi dengan usaha ini dizahirkan, segala kejumudan dan kongkongan lapuk dapat dirobohkan. Segala katak-katak bawah tempurung yang sekian lama sibuk melaung-laung kosong dapat dihalau jauh dari pentas scene muzik ug negeri ini.

"Only the stronger will survived"