Monday, June 23, 2014

Inguinal Hernia: melalui detik dan pengalaman yang menggusarkan!

Mungkin ramai di antara kita semua tidak mengetahui pengertian penyakit 'Inguinal Hernia' kerana ia bukanlah suatu penyakit yang terjadi pada kebanyakan orang sebagaimana selsema atau demam panas.

Hal ini terjadi pada anak lelaki aku yang telah dikesan mengalami penyakit ini pada usia dua bulan. Aku agak terkejut apabila pakar pedriatik memaklumkan bahawa anak lelaki aku mengalami penyakit 'angin pasang'. Petanda-petanda penyakit ini adalah berlaku bengkak di bahagian kiri atau kanan pangkal ari-ari dan kantung kemaluan menjadi bengkak membesar.

Aku tak dapat nak jelaskan secara bertulis di sini tentang penyakit Inguinal Hernia tetapi jika bertemu secara berdepan, aku boleh menjelaskan secara lisan keadaan penyakit ini. Ia sangat-sangat berbeza dengan takrifan penyakit 'angin pasang' yang biasa dihadapi oleh lelaki secara teknikal saintifik.

Setelah mengetahuinya, aku dan isteri diberitahu oleh pakar pedriatik bahawa anak kami perlu dibedah. Sebenarnya aku masih samar-samar ketika itu kerana tidak begitu faham dan jelas tentang penyakit ini. Aku hanya faham 'angin pasang' dan berfikir bahawa ia boleh diatasi dengan kaedah tradisional tanpa perlu bedah.

Maka aku pun meneruskan dengan kaedah-kaedah tradisional kerana ada pandangan daripada ahli keluarga dan beberapa sahabat agar elak daripada melakukan pembedahan yang diberikan dengan pelbagai alasan. Aku peringkat awal akur dan turuti. Dalam waktu yang sama, isteri aku telah berusaha mendapatkan bahan bacaan dan keterangan penyakit ini dari internet dan rakan sekerja.

Antara bulan April hingga Mei 2014, keadaan anak aku tidak menampakkan tanda-tanda penyakit tersebut akan surut secara besar-besaran. Hanya sekali-sekali sahaja keadaan menjadi reda dan kesakitan itu seperti hilang.

Namun pada 15 Mei 2014, kesakitan akibat bengkak pangkal ari-ari menyebabkan anak aku kerap menangis dan tidak mahu minum ditambah pula dengan cirit birit yang agak kerap. Awal pagi hari tersebut, muka anak aku mulai cengkung dan tak berdaya untuk menangis. Aku dan isteri bergegas ke klinik swasta di kawasan kediaman kami. Doktor yang bertugas di klinik tersebut mengesahkan anak aku mengalami 'Dehidrated'. Satu surat untuk dirujuk kecemasan telah dikeluarkan oleh klinik. Kami bergegas terus ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Anak aku dimasukkan ke wad kecemasan sebelum dipindahkan ke wad pedriatik tingkat 6 Menara Timur, PPUM. Selama tiga hari berada dalam wad, pihak hospital membuat pemantauan kesihatan dan perkembangan anak aku. Akibat 'de-hidrated' menyebabkan anak aku dimasukkan air dalam badan. Aku masih berkira-kira untuk melakukan pembedahan. Ketika itu fikiran aku agak serabut dengan keadaan tersebut. Kemudian pada 19 Mei 2014, anak aku dibenarkan keluar memandangkan keadaan pulih cuma pakar pedriatik PPUM masih menyarankan bahawa aku perlu membenarkan pembedahan ke atas anak aku.

Kelegaan aku hanya sementara, rupa-rupanya selepas seminggu keluar daripada PPUM, sekali lagi kesakitan dialami oleh anak aku. Bengkak sebelah kiri ari-ari tidak mahu surut. Perutnya membengkak dan tidak boleh terkencing dan buang air besar seperti biasa. Kemudian anak aku mulai muntah. Keadaan itu mencemaskan dan isteri aku tanpa berfikir lama menggesa supaya anak kami dihantar semual ke PPUM.

Petang 26 Mei 2014 kira-kira jam 6:30 petang kami terus ke Kecemasan Pedriatik PPUM. Sejam kemudian anak kami terus dibawa ke wad pedriatik tingkat 6 Menara Timur sekali lagi.

Aku masih bersikap 50-50 samada ingin meneruskan pembedahan atau tidak. Kemudian pegawai perubatan di wad berkenaan memberitahu jenis penyakit yang dihadapi anak aku iaitu Inguinal Hernia tahap satu. Beliau meminta aku sendiri membuat carian tentang penyakit ini dan cuba memahami sebab serta tujuan pembedahan. Aku mulai faham dan jelas keadaan serta hakiki penyakit ini. Ya...memang benar, hanya pembedahan yang perlu dilakukan.

Setelah dipujuk dan diterangkan oleh isteri akan risiko dan tanggungjawab ke atas masa depan anak kami, akhirnya aku bersetuju agar pembedahan diteruskan. Setelah memberi persetujuan, pasukan pedriatik yang terdiri daripada beberapa pegawai perubatan dan doktor pakar memberi penjelasan kaedah dan cara pembedahan yang bakal dilakukan ke atas anak aku.

Ibu aku dan ayah mertua menyarankan aku melakukan istiqarah untuk mendapatkan pedoman dari Allah SWT. Sehari sebelum pemdedahan, aku melakukan solat istaqarah bagi memohon pedoman dan panduan kepada keputusan untuk meneruskan pembedahan. Namun tiada sebarang tand ayang hadir dan aku istiqamah menerima dan meneruskan usaha pembedahan tanpa ragu-ragu!

Akhirnya pada 2 Jun 2014, pembedahan tersebut dijalankan pada jam 10:30 pagi di dewan bedah di Menara Timur. Lebih kurang sejam setengah kemudian, pembedahan telah selesai dijalankan dan doktor pakar memaklumkan bahawa keadaan anak aku baik dan tidak ada sebarang kerumitan besar semasa proses pembedahan.

Syukur atas kejayaan pembedahan dan kesejahteraan kesihatan anak aku selepas pembedahan tersebut. Aku sangat berterima kasih kepada Pegawai Perubatan Wad Pedriatik PPUM, Dr Hazwani yang sudi memberi kefahaman penyakit 'Inguinal Hernia'. Kepakaran Doktor Bedah, Dr. Sri Harikumar sangat dihargai dan semoga Allah swt membalas kebaikan yang dilakukan.

Lebih menguatkan semangat adalah isteri aku sendiri. Tanpa gesaan, sokongan dan kesabarannya tak mungkin aku boleh melalui kegusaran hati yang melanda sepanjang tempoh itu.

Buat anda di luar sana, jika anak lelaki anda mengalami 'Inguinal Hernia' jangan ragu-ragu kepada kaedah pembedahan kerana ia merupakan 'minor operation' bagi menutup 'kebocoran' bahagian otot perut tanpa menjejaskan fungsi kelamin. Bukan menafikan kaedah tradisional, cuma tidak semua keadaan 'angin pasang' boleh diubati dan diatasi dengan cara tradisional. Hal-hal teknikal tubuh badan di dalam perlu diselesaikan dengan pembedahan jika kedaan itu serius agar tidak menjadi masalah yang lebih besar.

*Alhamdulillah selepas seminggu pembedahan, kesihatan anak aku bertambah baik. Berat badan naik, selera makan juga bertambah dan tidak lagi mengalami masalah kembung perut.

Untuk makluman, kos pembedahan anak saya ini adalah RM600.

Buat yang ingin bertanya lebih lanjut pengalaman berkaitan, boleh email terus kepada saya: fidaiyyin@gmail.com

25 comments:

Ruzana Ibs said...

Assalamualaikum.
Apa khabar anak tuan sekarang?

Ruzana Ibs said...

Assalamualaikum.
Apa khabar anak tuan sekarang?

Fidaiyyin said...

Waalaikumsalam Puan Ruzana Ibs.

Maaf saya lewat maklumbalas kerana kesibukan.

Alhamdulillah anak lelaki saya dah cergas & sihat.Bulan Febuari nanti genaplah usia dia setahun.

Setakat ni tiada kesan sampingan hasil pembedahan tersebut. Cuma sepanjang bulan November lepas semasa berlaku jerebu, kena tahan wad 3 hari...ada jangkitan virus yang buat dia batuk. Sekarang dah recover.

Unknown said...

T.kasih atas perkongsian tuan..anak sy juga bakal menjalani pembedahan utk hernia pd 23hb ni di usia 8 bln..debar hati seorang ibu xterkata.. dengan perkongsian tuan ni, sedikit sebanyak meredakan debar sy. T.kasih.

Unknown said...

assalamualaikum tuan.. tumpang tanya.. berapa kos pembedahan di PPUM ya?

Unknown said...

Liana Hashim, anak Puan bt pembedahan di PPUM juga ya?

Fidaiyyin said...

Salam @Selalu Senyum,
Kos pembedahan untuk inguinal hernia kalau peringkat awal macam anak saya dulu tak sampai RM700. Kalau tak silap dalam RM600 lebih. Keseluruhan bawah RM1K...

Unknown said...

assalamualaikum tuan. tumpang tanya .. semasa buat pebedahan tue. tuan guna bius yang cucuk di berlakang bwah tulang berlakang k

Alissa said...

saya perempuan dan berumur 16 , tanda kecil hernia ini sejak dari kecil lagi dan saya baru mengadu dekat mak saya dan berjumpa doktor dan 2 minggu depan baru pembedahan saya dijalankan di hospital putrajaya. doktor kata ada benjolan di belah kiri ari ari saya dan ini kerana lubang di kantung usus dan otot saya yang lemah kerana saya sangat aktif dalam sukan dan apabila meneran,benjolan itu keluar. bukan lelaki sahaja yang boleh kena tetapi perempuan juga boleh tetapi sangat jarang. jika lelaki menghidap hernia,lagi teruk daripada perempuan. doktor beritahu kepada saya bahawa kena hernia di bahagian ari ari belah kiri dan berkemungkinan saya kena belah kanan juga kerana otot saya yang lemah dan ia semula jadi. walaupun pembedahan dijalankan,tetapi boleh kena lagi jika tidak pantang. tetapi bagi perempuan,doktor kata tidak perlu risau kerana ini tidak menganggu peranakan. saya sebenarnya banyak penyakit,saya tahu ini adalah ujian. bagi orang yang alergik ubat dan sebagai nya seperti saya, perlu masuk wad sehari sebelum operation dilakukan dan ia dipanggil sebagai "warded" supaya doktor dapat melihat keadaan kita supaya tidak terjadi alergik dengan ubat dan bagi orang yang tidak alergik, ia dipanggil "day care" iaitu hanya sehari dan boleh balik setelah operation. sebelum ke hospital,saya banyak buat research dan seperti doktor kata,tiada cara lain untuk merawat hernia selain operation. dengan itu, mak saya hanya memberi semangat kepada saya. kini saya perlu menunggu hari pembedahan saya. doakan yang terbaik :)

Alissa said...

saya perempuan dan berumur 16 , tanda kecil hernia ini sejak dari kecil lagi dan saya baru mengadu dekat mak saya dan berjumpa doktor dan 2 minggu depan baru pembedahan saya dijalankan di hospital putrajaya. doktor kata ada benjolan di belah kiri ari ari saya dan ini kerana lubang di kantung usus dan otot saya yang lemah kerana saya sangat aktif dalam sukan dan apabila meneran,benjolan itu keluar. bukan lelaki sahaja yang boleh kena tetapi perempuan juga boleh tetapi sangat jarang. jika lelaki menghidap hernia,lagi teruk daripada perempuan. doktor beritahu kepada saya bahawa kena hernia di bahagian ari ari belah kiri dan berkemungkinan saya kena belah kanan juga kerana otot saya yang lemah dan ia semula jadi. walaupun pembedahan dijalankan,tetapi boleh kena lagi jika tidak pantang. tetapi bagi perempuan,doktor kata tidak perlu risau kerana ini tidak menganggu peranakan. saya sebenarnya banyak penyakit,saya tahu ini adalah ujian. bagi orang yang alergik ubat dan sebagai nya seperti saya, perlu masuk wad sehari sebelum operation dilakukan dan ia dipanggil sebagai "warded" supaya doktor dapat melihat keadaan kita supaya tidak terjadi alergik dengan ubat dan bagi orang yang tidak alergik, ia dipanggil "day care" iaitu hanya sehari dan boleh balik setelah operation. sebelum ke hospital,saya banyak buat research dan seperti doktor kata,tiada cara lain untuk merawat hernia selain operation. dengan itu, mak saya hanya memberi semangat kepada saya. kini saya perlu menunggu hari pembedahan saya. doakan yang terbaik :)

aishah said...

ya...saya juga mendapat inguinal hernia. perempuan, 34 tahun. Melakukan pembedahan 'open surgey-mesh'. Malangnya, selepas 2 bulan pembedahan selesai dijalankan, tanda-tanda inguinal hernia datang kembali. Dr mengesahkan pembedahan lalu tidak berjaya ke atas saya. Berat juga untuk saya menerima takdir ini.

Unknown said...

Nak tnye berapa kosting operat hernia

Dilla said...

Salam aishah. Kalau boleh kongsi info dengan saya. Rasanya saya mengalami masalah sama. Tapi belum ke hospital sebab takut..berapa kos pembedahan & buat dekat mana?

N said...

Hi boleh saya tahu mcm mana keadaan awak skrg? Dan berapa kos pembedahan?

Unknown said...

Maaf kalau saya bertanya..boleh saya tahu berapa kos rawatan Di hospital kerajaan bagi kanak2

Unknown said...

salam..sekarang anak sy nknmasuk 3 minggu..sekrang telur ank saya seblh bengakak...itu angin pasang ke

azaharj said...

Murah je x sampai 100 ringgit.. kalau ada pertanyaan blh whatsapp saya.. 0132516051

azaharj said...

Waalaikumsalam.. lebih baik cek dulu dgn doc di klinik biasa.. mungkin hernia dan mungkin ketumbuhan.. kita xblh agak2.. kena cek dgn doc..

Unknown said...

As salam..ank sy 2thn 5bln..baru td ke hosp slps sy dapati telur ank sy tidak normal...doc sah kan hernia dan ank sy akn dirujuk ke pakar bedah.cuma x tahu bila akn dpt tarikh app.doc akn call jika tarikh app dah dpt.cuma sy bimbang keadaan akn teruk.buat ms ni doc ckp x teruk sbb blh masuk kantung lagi....cost tuan utk private hosp tu termasuk warded skali ke?

Fidaiyyin said...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua yang beri maklum balas dan komen...saya lambat respond dalam blogspot tetapi boleh terus email saya: fidaiyyin@gmail.com

TripleA said...

Boleh saya tau, maksud awak tanda hernia tu awak sudah rasa daripada kecil lagi la ya? Atau awak baru perasaan hernia tu baru ada then terus bagitau mak?

Siti said...

Bleh sy taw kos tuk pembedahan hernia?

Aerrywatie said...

Slam tuan sya kdang2 angin pasang dtg secara tiba2.. bhgian telur sebelah Kiri bengkak Dan dekat perut tu terasa sakit MCM senak.. blh sya tahu MCM mner nk rawat...

Fidaiyyin said...

Semasa anak saya dibedah tahun 2014 dulu, kos RM600 di PPUM

Fidaiyyin said...

Wassalam, maaf lambat balas.
Saya rasa tuan kena dapat rawatan tradisional.