Wednesday, July 9, 2014

Farasu Ke Arah Penghasilan Material Baru 2014


Mungkin ini bukan suatu propaganda atau makluman khabar angin tetapi ia adalah perkhabaran sahih bahawa Farasu akan tampil dengan material terbaru untuk tahun ini. Farasu sebelum ini telah tampil dengan album studio pertamanya iaitu 'Menongkah Arus' pada tahun 2010 lalu.

Beberapa bulan lalu Farasu pernah mengetengahkan rakaman terkini tiga buah lagu sebagai pengenalan iaitu 'Against Tyranny', 'Tangisan Malam' dan 'Keris Songsang' yang memperkenalkan vokalis Shah Zaini Ov Farasu (sebelum ini Arm Hinazzia). 

Proses rakaman telah bermula pada penghujung bulan Mei 2014 dengan sesi rakaman 'drum-track' dan gitar bass yang dijalankan di Green House Studio, Ampang. Kami berada dalam suasana studio  rakaman profesional buat pertama kalinya sejak penubuhan band ini. Walaupun ia belum melalui proses mixing dan mastering, namun mutu bunyi yang terhasil daripada studio ini sangat puas hati. Ia suatu anjakan buat Farasu bagi menghasilkan material yang terbaik!

Proses seterusnya iaitu rakaman 'guitar track' telah dibuat di Kerbau Studio, Bangsar, Kuala Lumpur. Setakat ini (ketika artikel ini ditulis) rakaman untuk bahagian gitar telah melalui tiga sesi. Sesi pertama bermula dengan rakaman track gitar Nahaq. Sesi kedua pula melibatkan track melodic dan 'make-up' guitar-line daripada Yohand. Sesi ketiga kelihatan mudah namun agak teknikal iaitu memasukkan 'melodic nuansa timur' bagi menaikkan aura lagu dalam 'mood' yang kami kira itulah imej muzik Farasu!

Lima lagu dengan empat lagu sendiri dan satu lagu cover akan dimuatkan dalam material terbaru Farasu ini. Kepastian yang boleh dinyatakan di sini adalah Farasu akan tampil dengan sebuah material yang lebih baik dari segi sound, susunan dan tahap kekentalan metal yang bersulam nuansa ketimuran. Konsep 'eastern metal' tetap diserlahkan sebagai kelainan dan kekuatan muzik Farasu. Nantikan kemunculannya!

1 comment:

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...
This comment has been removed by a blog administrator.