Luak Inas yang terletak di selatan Daerah Kuala Pilah adalah salah satu Luak atau negeri kecil yang terdapat dalam Luak Tanah Mengandung.
Menurut catatan Muzium Negeri Sembilan, terdapat tiga tapak megalith di Luak Inas iaitu di Kampung Tongoloi Ulu Inas, Kampung Padang Takachi dan Kampung Ulu. Keseluruhan tapak ini ada sejumlah 19 buah kubur batu megalith.
A1 Kubur Megalith Kg Ulu Inas
A2 Kubur Megalith Kg Ulu Inas
KUBUR TUA KG DINGKIR
Namun begitu, agak menarik kerana ada sebuah kubur batu megalith di Luak Inas yang tidak dicatatkan oleh Muzium Negeri Sembilan.
Semasa aku singgah dan ziarah ke kubur nenek isteri aku di Perkuburan Islam Seginyeh di Kg Dingkir pada 30 Jun 2023 lalu, aku ternampak sebuah kubur tua yang ditandai dengan batu megalith.
Kawasan perkuburan kampung di sekitar Kg Dingkir dan Kg Gating sini berada di lereng-lereng bukit yang tinggi. Maka tak hairan terdapat kubur-kubur tersusun di bahagian kaki bukit. Cuma pengunjung perlu berhati-hati semasa menziarahi kubur sanak saudara takut tergelincir atau terjatuh ke tepi Lereng bukit.
Moyang Besar Keluarga
Menurut maklumat nenek saudara isteri aku, Cik Nah binti Ujang, 84 (dipanggil Uwan Cik) kubur tua itu kepunyaan moyang besar keluarga yang disebut Tok Koto (Kota). Tambah Uwan Cik lagi, Tok Koto adalah dari Suku Semelenggang (Seri Melenggang). Jika mengikut jurai keturunan dari sebelah arwah ayahnya (Ujang bin Tanggam) adalah dari perut Suku Semelenggang. Mengikut cerita lisan daripada makcik saudara isteri yang kami panggil 'Acik Piah' kini menetap di Sungai Ramal, Kajang, kubur tua tersebut kerap diziarahi oleh moyang isteri (Ujang bin Tanggam).
Kewujudan kubur-kubur tua batu megalith seperti di Kampung Dingkir ini membuktikan catatan sejarah bahawa petempatan manusia telah ada lebih 300 tahun di sekitar Luak Inas.
B1 Kubur Megalith Kg Dingkir
No comments:
Post a Comment