Monday, October 27, 2014

KL Headbanger 2014: kemeriahan terserlah!

Photo: Headbang with us today at Insider Space...!!! Our slot at 5.15 pm. Be there...!!! Stay Metal...!!! \m/ 


Gig: KL Headbangers 2014
Tarikh: 26 Oktober 2014-Ahad
Masa: 3.00pm hingga 11.00pm
Lokasi: Insider Space, Kompleks Maluri, Cheras, KL
Penganjur: Bloome Boutique & Entertainment
Insider Space menjadi lokasi baru penganjuran gig dan pertunjukan pentas penggiat muzik bawah tanah sekitar Lembah Kelang. Sejujurnya pemilik premis ini cukup serius dalam menjalankan urusan penganjuran dengan menawarkan sebuah tempat untuk penggiat seni muzik bebas membuat persembahan. Malah jika dilihat dari perspektif urustadbir, Insider Space kelihatan molek, bersih, kemas dan teratur yang memperlihatkan lokasi ini akan kekal bertahan lama sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun.

Ini merupakan kali kedua aku membuat persembahan di Insider Space dengan kali pertama ketika membuat persembahan untuk Charity Gig For Syria & Palestine bulan September 2014 lepas. 

Variasi
Kemeriahan gig ini diwarnai dengan kepelbagaian crowd dari kelompok Metal dan Punk. Sesuatu yang menarik kerana gabungan kelompok pendengar/peminat muzik bawah tanah ini telah lama tidak berlaku. Suasana sebegini begitu rancak ketika era 90an dan awal dekad 2000.

Secara rambang gig ini berlangsung dengan jaya dan lancar tanpa sebarang kesulitan dan gangguan. Jangkaan crowd yang hadir lebih daripada 200 orang telah membanjiri lokasi. Walaupun gig bermula lewat daripada jadual sebenar namun crowd kian bertambah menjelang petang hingga ke malam.

Pembukaan persembahan telah dimulakan oleh sebuah band thrash-metal dari KL iaitu Morggrom (gambar kiri). Penampilan three piece Morggrom tidak mengecewakan dan begitu rancak umpama pelari pecut yang tak berhenti-henti. 

Aku tak mengingati senarai lagu yang dipersembahkan namun antara yang kedengaran dipersembahkan adalah cover song dari Sepultura dan Slayer (Raining Blood) yang dibawa dalam berlainan tetapi menarik.

Persembahan pentas kemudian diambil alih sebuah lagi band dari KL iaitu Nightshrader yang membawa konsep melodic death metal. Aku hanya ingat sebuah lagu yang dibawa iaitu cover song dari Amon Amarth iaitu 'Pursuits of Viking'.

Band selepas itu aku tak sempat nak mendengar kerana berada di luar venue. Hanya ketika Goda Durjana masuk memulakan persembahan aku sempat melihat aksi-aksi 'jahat' mereka di pentas. Sambutan crowd agak luarbiasa pada band ini. Sejujurnya aku memang tak dapat nak ulas tajuk-tajuk lagu yang diperdendangkan. Namun aksi vokalis mereka bisa 'merasuk' crowd moshing tanpa henti.

Farasu membelasah pentas!

Kami memulakan persembahan sekitar jam 6:35 petang. Hujan telah turun dengan lebatnya di sekitar lokasi namun kehadiran crowd masih memberangsangkan. 

Lagu pembukaan merupakan lagu terbaru iaitu 'The Truly' yang kemudiannya disusuli dengan lagu 'Tangisan Malam'. Umpama sebuah 'rally' perlumbaan basikal, halaman moshing disambung oleh crowd-crowd metal headbanger!

Kami meneruskan persembahan sebuah lagi lagu baru iaitu 'Marhaen's Blood'. Aku terasa agak pancit kerana baru pulih daripada demam hari sebelum itu. Namun masih berdaya meneruskan 'hentakan' beat untuk lagu seterusnya iaitu 'Keris Songsang'.

Persembahan Farasu diakhiri dengan sebuah cover song dari Dio iaitu 'Holy Diver'. Sebagaimana yang dijangka crowd turut nyanyi bersama sepanjang persembahan lagu ini.

Persembahan Farasu tamat tepat jam 7:05 malam. Terima kasih buat crowd IMKL dan headbanger-headbanger tempatan yang kekal melayani persembahan Farasu dari awal hingga akhir.

Selepas rehat bagi menghormati waktu Maghrib, persembahan seterusnya telah dimulakan oleh beberapa band punk. Aku terpaksa merehatkan diri setelah berhempas pulas dengan badan dibasahi peluh.

Kemeriahan gig ini yang menampilkan kepelbagaian crowd membuktikan para pengikut muzik Metal dan Punk tidak bermasalah untuk berada bersama dalam satu gelanggang muzik.










1 comment:

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...
This comment has been removed by a blog administrator.