Wednesday, February 27, 2013

Ulasan Ringkas: Music Against Massacre Gig

Farasu...selepas habis persembahan!

Ini gig kedua Farasu selepas Kepura Cave, Ipoh. Gig yang bertemakan 'charity event' ini dilangsungkan selama dua hari dengan melibatkan lebih daripada 20 buah band sekitar PJ, Shah Alam dan KL.

Sudah agak lama Petaling Jaya (PJ) tidak berlangsung gig sebegini selepas 'lenyapnya' The Gigger @ Paul Place, di Jalan Klang Lama. 

Ulasan ringkas ini bertumpu pada gig hari kedua iaitu pada 17 Febuari 2013/ Ahad yang melibatkan keberadaan aku di lokasi gig. 

Kami tiba sekitar jam 4:30 petang kerana Farasu dijadualkan bermain kedua terakhir sebelum Blind Tribe. 

Sempat juga aku berjumpa dan ramah mesra ringkas dengan beberapa teman lama yang pernah aktif dalam scene muzik PJ era Paul Place macam Fariz XS Denied dan yang lain-lain ingat rupa tapi lupa nama!

'The Performer'
Selepas azan Maghrib, iaitu sekitar jam 7:45 malam, kami memulakan sesi ringkas 'soundcheck'. Walaupun kehadiran crowd yang tinggal waktu itu 20-30 orang sahaja, namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk memulakan persembahan.

Kami memahami situasi yang berlaku sebagaimana diperjelaskan oleh penganjur selepas tamat gig.

Tepat jam 8:00 malam, Farasu memulakan persembahan dengan lagu Keris Songsang. Sekali lagi vokal kami memperlihatkan keterujaan melontarkan suara dengan penuh semangat seperti membuat persembahan di hadapan lima ribu penonton! Itu dedikasi terbaik dan pengalaman berharga dalam melalui situasi persembahan begini. Hatta 10 orang pun crowd, persembahan wajib dijalankan dengan semangat!

Kesinambungan persembahan diteruskan dengan 'Tangisan Malam' dan diakhiri dengan sebuah lagu cover Dio iaitu 'Holy Diver'.

Lokasi gig dikira sangat menarik dengan ruang dewan yang sangat besar dan sesuai untuk dilangsungkan gig sebegini. Cuma agak kurang meriah kerana tidak ramai crowd yang hadir. Terima kasih buat penganjur yang sudi menjemput Farasu untuk persembahan gig ini. 

Harapan seterusnya jika acara yang sebegini dilangsungkan pada masa depan, aspek-aspek promosi wajar diambil kira oleh penganjur supaya kemeriahan gig dapat memberi kesan kepada crowd dan para band yang terlibat!

No comments: