Wednesday, February 6, 2013

Tengok Wayang: Hansel & Gretel-Witch Hunter


Aku tak berapa arif nak klasifikasi filem ini macam penganalisis filem (nilai bintang), tapi mengikut pandangan dan citarasa serta mood yang terhasil selepas menonton filem ini ada beberapa bahagian yang boleh aku nyatakan hasilnya;

1. Jalan Cerita-biasa sahaja: 2 setengah bintang.
2. Aksi Bergaduh-agak ganas & kejam: 4 bintang.
3. Gajet atau alatan pelik-memang banyak: 4 bintang.
4. Aksi seksual-sangat menonjol terutama pada pelakon wanita utamanya: 4 bintang!
5. Moral daripada filem:
-kasih sayang: adik beradik & keluarga: 3 bintang.
-cinta; sekerat jalan-2 setengah bintang.
-kejahilan masyarakat: 4 bintang.

Cuma kalau yang dah tengok menonton filem ini, pastikan akan perasan ia ada persamaan macam filem The Val Hensing iaitu kisah memburu pontianak atau ahli sihir jahat. Agak mengecewakan kerana setelah muncul dan menghidangkan aksi-aksi pergaduhan yang agak 'hard-core' & kejam, filem ini tidak ada kelainan yang tersendiri kerana temanya-pemburuan ahli sihir jahat menyamai filem Val Hensing.

Tajuknya; Hansel & Gretel yang diambil daripada cerita kanak-kanak sudah membayangkan ada kelainan perspektif jalan ceritanya. Permulaan cukup menarik dengan perubahan penceritaan daripada kebiasaan kisah Hansel & Gretel versi cerita kanak-kanak, iaitu kedua-dua watak ini ditonjolkan telah berjaya membunuh ahli shir yang ingin memakan Hansel. Kemudiannya watak-watak ini telah dimajukan dengan peranan yang melangkaui versi asal kisah ini dengan digambarkan menjadi pemburu ahli sihir yang terkenal!

Akan tetapi aku melihat pada penghujung & klimaks filem agak biasa jalan cerita dan sangat menyamai filem Val Hensing. Terpulanglah pada penilaian yang lain. Mungkin anda melihat dari perspektif lain. 

No comments: