Terima kasih buat Shah Zuriarts yang telah menghantar material terkini Zuriarts dan telah aku terima pada 16 Jun 2012 lepas.
Agak lama jugak aku tak menerima sebarang pos material begini sejak sibuk dengan urusan kerja-kerja politik semasa dan tumpuan pada band sendiri.
Aku berbesar hati atas 'utusan material metal' ini daripada saudara Shah.
Aku pernah mendengar secara lalu material-material terdahulu Zuriarts dan secara jujurnya aku tak begitu teliti menghayatinya.
Kali ini, material ini-"The Fairy Tears" tampil dengan senarai lima lagu iaitu;
1. Intro
2. The Fairy Tears
3. The Fairy Tears (Minus One)
4. Dead To Hell (Remastered)
5. Expect No Release (Desaster cover)
3. The Fairy Tears (Minus One)
4. Dead To Hell (Remastered)
5. Expect No Release (Desaster cover)
Paparan hadapan atau cover material ini kreatif dan menarik, bersesuaian dengan tajuk material. Bentuk band font telah menggambarkan arah tuju muzik Zuriarts yang cenderung kepada Melodic Black Metal. Perkataan ZURIARTS itu tersusun dengan lambang pentagram terletak ditengah-tengah. Ia tidak disaratkan dengan elemen-elemen yang rumit tetapi dipaparkan dengan gambaran mudah dan senang dilihat.
Jika dinilai penampilan cover, sudah pasti band ini mahu menampilkan kelainan. Namun, agak sedikit mengecewakan kerana hanya dua lagu sahaja yang benar-benar terkini daripada material ini. Aku berpandangan Zuriarts harus berani untuk tampil dengan lebih banyak lagu baru atau ilham-ilham terkini dan tidak terikat dengan material-material lama. Kalau ia diperlukan, harus tampil dengan suatu rakaman terbaru dan sound yang lebih mantap.
Ulasan Lagu
1. Intro
Satu pembukaan yang disulami dengan aura kegelapan diiringi suara tangisan bayi yang kesayupan dari belakang petikan melodi piano. Sound yang baik pada pendengaran aku.
Satu pembukaan yang disulami dengan aura kegelapan diiringi suara tangisan bayi yang kesayupan dari belakang petikan melodi piano. Sound yang baik pada pendengaran aku.
2. The Fairy Tears
Ini lagu terbaru Zuriarts. Ada kelainan dari segi mutu bunyi, lebih baik daripada material dahulu. Melodinya permulaan mudah dilayan dan diingati.
Ini lagu terbaru Zuriarts. Ada kelainan dari segi mutu bunyi, lebih baik daripada material dahulu. Melodinya permulaan mudah dilayan dan diingati.
Jelas pengaruh Cradle of Filth dan Langsuyr (Eastern Cruelty) dalam lagu ini, namun tidak merangkumi keseluruhan lagu. Melodi pada minit 1:55 hingga 2:41 menjadi keistimewaan lagu ini kerana pada pendengaran aku ini melodi asli metal Melayu. Iramanya seakan riff lead lagu-lagu rock Melayu tapi layan.
Keseluruhan lagu ini baik cuma jika Zuriarts mampu menampilkan sound black metal moden, aku yakin ia mampu menjadi antara lagu yang boleh menyaingi Langsuyr dan Assahar.
Cadangan
Zuriarts ada keistimewaan tersendiri dalam menghasilkan karya yang lebih energetik. Cuma mereka harus berani untuk meneroka muzik ke arah yang lebih mencabar dan keluar dari suasana biasa versi metal era 90an khususnya dalam mendapatkan sound yang bertenaga dan baru.
Kesungguhan band ini menghasilkan karya wajar dihargai dan mendapat sokongan agar usaha mereka itu berterusan.
Aku menyakini jika Zuriarts meneroka dalam pencarian mutu bunyi yang lebih mencabar, tidak mustahil Zuriarts bakal menjadi band black-death yang berjaya di dalam negara.
No comments:
Post a Comment