Wednesday, August 18, 2010

Kembali kepada hobi lama-Kumpul Wang Kertas & Syiling lama

Wang kertas RM1.00 ini diperolehi ketika isteri aku membeli kek di Old Town PJ beberapa bulan lepas dan yang menariknya wang kertas ni masih elok-tidak comot, tidak kusam kelihatan seperti baru beberapa dicetak.

Sebenarnya gambar scan wang kertas itu bukan sekeping tetapi dua keping. Mungkin pada yang tidak mempunyai minat mengumpul wang kertas lama, ia tidak bernilai apa-apa. Namun pada aku, wang kertas note RM1.00 sudah dikira 'rare', ia merupakan versi keluaran kedua kalau tidak silap cetakan selepas tahun 1981.

Dalam simpanan aku juga ada keluaran tahun 1970an. Aku sekarang tengah mencari-cari note RM1.00 cetakan awal sekitar 1967. Kalau ada tuah, mungkin dapat.






Duit syiling lama yang pertama kali aku beli...sebelum ni kebanyakannya aku terjumpa dan simpanan lama arwah Tok Aki aku.



2 comments:

Pak Ma'on said...

ape pendapat kau tentang dinar emas kelantan mus

Fidaiyyin said...

dari sudut ekonomi kapitalis, dinar emas ini adalah suatu ancaman kpd fiat-money iaitu matawang yg nilai dipaksa-pakai utk pasaran...

fiat money utk pasaran ekonomi kapitalis kini-US DOLLAR...sbb matawang ni tak diikat nilai dgn emas makna US DOLLAR=0 emas...matawang gini hidup dgn spekulasi atau atas angin...

Dinar emas kelantan ni adalah suatu usaha yg bagus utk menyelamatkan ekonomi khusus kpd rakyat...secara tak langsung KUASA MEMBELI pengguna dpt ditingkatkan sbb dinar emas ada kekuatan nilai...

bayangkan nilai 1dinar emas bernilai lebih kurang RM2-3ratus...