Thursday, January 22, 2009

Meet Uncle Hussein Juara AJL 23


Meet Uncle Hussein

Sekali lagi pentas muzik mainstream diberikan kejutan oleh pemuzik-pemuzik underground. Kali ini giliran Meet Uncle Hussein (MUH) menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 23. Pada AJL 22 lalu, Enstranged telah menjuarainya.

"Lagu Untuk Mu" turut menjuarai kategori Pop Rock. Konsep modern pop rock yang dibawakan oleh MUH telah memberi jawapan kepada scene muzik tempatan bahawa Malaysia sebenarnya tidak ketandusan bakat dan tidak "tewas" dengan kebanjiran muzik ala Brit-pop versi Indonesia. Cuma, kapitalis-kapitalis industri muzik Malaysia perlu membuka "mata dan hati" kepada band-band underground tempatan yang jujur dalam berkarya.

Aura dan "sound" muzik yang segar serta ada kelainan sentiasa dinantikan oleh pendengar muzik tempatan. Bukan bermaksud untuk menafikan pencipta-pencipta lagu ternama, cuma mereka ini agak terkebelakang walaupun memiliki teknologi muzik yang baik tetapi masih menghasilkan "sound" abad ke-20.

Bagi peminat dan pemuzik underground, kemenangan MUH telah mengangkat martabat muzik tempatan dan mencetuskan suatu semangat untuk berkarya lebih kreatif dan jujur. Buat pendengar biasa, mereka sudah pastinya terpinga-pinga dan terkejut menerima "pembaharuan" aura muzik sebegini kerana sudah terbiasa dihidangkan lagu-lagu mainstream yang terkebelakang aura muziknya.

Suatu yang positif bagi industri muzik kita, kemenangan MUH akan menonjolkan lebih ramai lagi bakat-bakat pemuzik underground pada masa akan datang. Semoga semangat ini berterusan dan tidak mati dipertengahan masa.


Sunday, January 18, 2009

PRK P036 Kuala Terengganu: PAS menang.


Syukur dan tahniah atas kejayaan PAS melalui calonnya YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut yang telah berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan bergaya. Beliau telah mendapat undi sebanyak 32,883 mengalahkan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid yang mendapat undi sebanyak 30,252 dengan majoriti 2,631 undi. Calon Bebas pula mendapat 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Kejayaan ini telah berjaya menambah satu lagi kerusi parlimen bagi Pakatan Rakyat menjadi 82. BN pula kini menjadi 137 kerusi yang tinggal di Parlimen.

Sunday, January 4, 2009

Sesi Rakaman Farasu-Bass


Wajah terkini Bull & Nahaq



Zahid...soundman untuk rekording ni...



Kental lagi serius...masing-masing nak hasil terbaik.



Bull...coming back to Farasu

Thursday, January 1, 2009

MCD "The Blackmoon Eclipse"


cover MCD "The Blackmoon Eclipse"

Informasi
Tahun rakaman: 2006.
Anggaran durasi: 45 minit.
Lagu:
  1. Manifesto (Intro)
  2. Gerhana Rembulan Hitam
  3. Patrasari
  4. Midnight Evil Spirit
  5. Invasion
  6. Gempita Mastika
  7. Nasyrah (instrumental)
Setelah tiga tahun selepas demo "A Millenium of Madness" diterbitkan, Farasu kembali dengan material ini- "The Blackmoon Eclipse" mcd. Kali ini, Farasu mempersembahkan senarai lagu-lagu yang lebih catchy, melodic dan thrashing berbanding material sebelum ini.

Untuk material ini, Farasu telah mengklasifikasikan konsep muziknya sebagai eastern melodic death thrash metal. Editor Krenmaut, Bentara Guru @ Sam dalam satu temuramah bersama Farasu telah mentakrifkan muzik Farasu sebagai eastern metal yang baru.

Banyak elemen telah digarapkan pada lagu-lagu dalam mcd ini. Riff-riff rock n roll, arabic, melodic yang digabungkan dengan elemen tradisi metal telah menjadikan lagu-lagu dalam mcd ini tidak jemu didengar. Walaupun ia dirakam secara live, namun ianya adalah hasil terbaik Farasu buat masa ini.

Mcd ini turut mendapat review daripada beberapa zine metal luar negara. Rata-ratanya menyatakan kualiti bunyi tidak begitu bagus tetapi memberi kredit yang baik dari segi susunan lagu, riff yang pelbagai dan melodi yang menarik.

Jika berminat dan ingin memiliki mcd ini, hubungi terus aku.
016-631 9585 (Mus)

Demo "A Millenium of Madness"



Informasi Demo
Tahun rakaman: 2003.
Anggaran Durasi: 30 minit.

Lagu:
  1. Shadows of Life
  2. Corethumb
  3. Sapphire
  4. Serpent Scream (cover Athotorgh)
  5. Bath in Sin (cover Athotorgh)
  6. Sapphire (rough mix)
Ini adalah demo pertama Farasu yang telah dirakam pada 3hb Mac 2003 di Studio Eruption, Seri Serdang, Selangor. Demo ini menampilkan enam buah lagu dengan tiga lagu yang digubah sendiri oleh anggota Farasu dan dua lagu cover daripada "Malaysian Thrashmetal oldtimer" Athotorgh.

Konsep muzik Farasu untuk demo ini adalah death thrash metal. Ianya adalah material pengenalan band ini kepada scene muzik metal underground Malaysia. Walaupun kualiti bunyi tidak begitu baik kerana dirakam secara live, namun demo ini masih boleh didengar kerana ada riff-riff catchy dan thrashing.

Jika berminat dan ingin mendapatkan demo ini, hubungi terus aku.
016-631 9585 (Mus).