Tuesday, January 15, 2013

Silat: seni bela diri atau untuk tunjuk hebat?

Silat merupakan seni bela mempertahankan diri di Nusantara. Dunia persilatan Melayu mempunyai pelbagai aliran silat dan yang utamanya adalah Silat Gayung, Silat Cekak, Silat Harimau, Silat Sendeng dan Silat Kalimah.

Penulisan ini berdasarkan pengetahuan yang aku terima dan pelajari. Mungkin di luar sana ada yang lebih arif daripada pengetahuan yang aku ada tentang silat. Ini sekadar perkongsian.

Maaf bicara kerana tidak semua yang terlibat dengan silat mengetahui asal-usul silat itu. Mungkin faktor menyimpan rahsia dan kekuatan, maka pengetahuan itu harus diketahui dengan melepasi beberapa syarat atau secara politiknya berbuat baik dengan guru atau tenaga pengajar.

Asal
Silat berasal daripada perkataan Arab- 'Silah' yang bermaksud gerak. Gerak ini mempunyai konotasi. Ia bukan sekadar dimaksudkan dengan pergerakan jurus atau langkah-langkah zahir silat tetapi turut melibatkan gerak spiritual atau kebatinan. Apabila menyebut perkataan kebatinan, ia tidak seharusnya disalah ertikan dengan ilmu-ilmu kebatinan tetapi ia lebih merujuk kepada zikirullah.

Sebelum wujudnya gerak-gerak zahir seperti bunga, buah dan langkah seterusnya jurus, Allah SWT akan menurunkan atau menganugerahkan ilham-ilham kepada gerak, daripada gerak tersebut bakal menghasilkan bunga, buah dan jurus yang akan membentuk sebuah pergerakan silat.

Tiap-tiap mahaguru atau pengasas sesuatu silat akan melalui proses ini iaitu mengasingkan diri dan bertapa. Ketika pertapaan itu, seseorang individu itu diwajibkan berzikir kalimah-kalimah suci Allah SWT sambil memohon untuk mendapatkan ilham silah. Namun bukan semua itu mudah dianugerahkan jika tiada kejujuran dan keihklasan. Ilmu silat sebenarnya berkait-rapat dengan amal ibadat, bukan sekadar berpukul-pukul dan bergerak-gerak menghafal gerak buah. Tujuan adalah untuk kawalan nafsu amarah yang mampu mencetuskan kemarahan, rasa bangga dan riak. Silat hanya digunakan ketika saat terdesak atau keadaan yang memerlukan, bukan untuk tayangan, pameran atau memukul orang.

Sejarah Silat Dahulukala
Sebelum wujudnya pelbagai seni bela diri di seluruh dunia, tersebut satu kisah lampau antara Nabi Khidir A.S dan Syeikh Abdul Kadir Jailani. Kisah ini agak menarik kerana ia sebuah kisah pencarian dan pengembaraan Syeikh Abdul Kadir Jailani mencari dan mengejar Nabi Khidir A.S semata-mata mencari ilmu Allah. Dalam pengembaraan itu, Syeikh Abdul Kadir Jailani telah diajar oleh Nabi Khidir tentang ilmu mempertahankan diri. Tempoh beliau mempelajari dan mendalami ilmu tersebut memakan masa yang lama dan berlaku di tiap-tiap tempat yang disinggahinya.

Ia seolah-olah suatu keadaan bermain kejar-kejar, tiap-tiap ilmu baru yang diturunkan oleh Nabi Khidir kepada Syeikh Abdul Kadir Jailani, ia akan disampaikan di sesebuah kawasan, daerah, atau wilayah dan tidak tetap seperti di madrasah atau pondok ilmu. Nabi Khidir akan menghilangkan diri setelah menyampai dan menurunkan sesuatu ilmu baru, manakala Syeikh Abdul Kadir Jailani akan menggunakan kelebihan ilmu yang dipelajari menjejak Nabi Khidir.

Jika dilihat dari sudut persamaan, ada gerak,buah, langkah dan jurus kebanyakan seni mempertahankan diri seperti Judo, Taekwando, Kungfu, Silat dan kalari-payat mempunyai persamaan. Hanya nama, kaedah dan pengamalan yang membezakan tiap-tiap seni bela diri. Asasnya semua ilmu mempertahankan diri itu datang dari Syeikh Abdul Kadir Jailani yang disebarkan di tiap-tiap tempat yang beliau jelajahi.

Syeikh Persilatan Melayu
Sampai di bahagian Nusantara, Syeikh Abdul Kadir Jailani telah menurunkan ilmu persilatan kepada tiga orang Syeikh Besar Silat iaitu Syeikh Syamsul Tajri, Syeikh Qudri dan nama seorang ini aku lupa.....

Tiga bahagian awal silat daripada syeikh-syeikh besar silat ini adalah Silat Cekak dan dua lagi aku lupa....(mungkin tak ada keizinan untuk dikongsikan semasa menulis)...

Maka bermula daripada tiga syeikh besar silat ini, tersebarlah ilmu persilatan di Nusantara dan berkembang menjadi pelbagai cabang silat seperti Sendeng, Gayong, Harimau, Kalimah dan Lincah. Jika dikaji-teliti silat-silat yang wujud di Nusantara, semua itu akan bersusur galur atau berasal daripada tiga silat asas tersebut. Cuma ia dibezakan mengikut pengasas gerak dan buah silat tersebut.

Inilah kelebihan silat kerana kewujudannya berkait-rapat dengan tauhid. Bukan wujud secara fizikal semata-mata. Ia boleh diumpamakan 'Padu Zikrullah, ampuhnya silat'. Selain mendatang ilham gerak-buah-jurus, zikir-zikir kalimah Allah mampu membina kekuatan diri dan kesabaran dalam jiwa pengamal silat. Hakikatnya, tanpa zikir-zikir tersebut pesilat hanya bersifat menghafal gerak-gerak fizikal yang diajarkan dan diturunkan oleh pengajar. Wallahualam.

Memang benar ada ayat-ayat tertentu diajar dan diturunkan kepada pesilat atas tujuan pendinding, pelonjak semangat dan isi, tetapi tujuan asalnya adalah kepada ibadat. Antara ayat-ayat yang aku rasa agak kerap disebut-sebut pengamal silat adalah Kaf 40.

Harus diingat bahawa silat bukan untuk dijadikan modal sebagai samseng atau anggota klan-klan tertentu. Ia adalah sebuah seni yang dekat dengan ibadat dan perisai tatkala waktu-waktu darurat dan memerlukan.

Monday, January 14, 2013

Line-up Farasu 2013

FARASU 2013
Selepas tahun 2011 yakni setahun setelah album pertama Farasu-'Menongkah Arus' diterbitkan, keanggotaan Farasu agak kerap bertukar. Keadaan ini bukan disengajakan tetapi ia berkaitrapat dengan komitmen beberapa individu yang pernah terlibat sebagai sebahagian daripada band ini.

Keanggotaan asal band yang masih kekal adalah aku dan Nahaq. Selebihnya kerap kali bertukar. Sebagaimana yang aku maklum sebelum ini, Bul (basist) menumpukan komitmennya pada perniagaan dan keluarga. 

Pada tahun 2013 ini, seiring dengan hasrat kami untuk maju kehadapan bersama pembaharuan muzik Farasu, barisan keanggotaan Farasu kini dianggotai oleh;

Nahaq-gitar
Yo Hand-gitar
Apai-bass
Shah-vokal
Fidaiyyin-drum

Band-band besar dunia seperti Megadeth, Inflames, Dimmu Borgir dan Dark Tranquility juga kerap bertukar barisan keanaggotaan band. Sekali ditekankan di sini, perubahan line-up ini berkait-rapat dengan komitmen masa, daya kreatif dan tenaga. Oleh kerana itu, kami menghormati buat individu-individu yang tidak dapat memberi komitmen tersebut dan kami juga tidak mahu menjadikan kesukaran memberi komitmen tersebut merencat perancangan masa depan Farasu.