Tuesday, April 14, 2009

Majlis Himpunan Keluarga Keturunan Datuk Paduka Besar Syed Hishamudin





Tiada keterangan untuk tiap-tiap gambar di atas. Ini adalah majlis himpunan keluarga keturunan Datuk Paduka Besar Perlis, Sayyid Hishamudin sebelum Perlis diserah tadbir kepada kerabat Syed Jamalulail sekarang.

Menurut seorang pakcik saudara aku, Datuk Paduka Sayyid Hishamudin ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu yang sulung Datuk Paduka Abu Bakar dan yang kedua bernama Omar Baki.

Jadi perhimpunan beberapa kelompok keluarga ini datang daripada jurai Omar Baki yang berkembang melata di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sesiapa yang membaca blog ini dan jika mempunyai pertalian darah dengan keturunan Datuk Paduka Besar Perlis Sayyid Hishamudin, mohon bagi maklum balas.

No comments: