Tuesday, December 9, 2008

Sesi Rakaman Lagu Baru


Tarikh 13hb Disember 2008 (Sabtu ini) adalah suatu langkahan baru buat Farasu yang akan menjalankan proses rakaman lagu baru.

Rakaman tersebut akan dibuat di sebuah studio di Puchong. Untuk sesi pertama ini, dua lagu yang akan dirakam iaitu "Keris Songsang" dan "Bisikan Suara Halus".

Kedua-dua lagu ini menampilkan keistimewaan tersendiri, tidak tipikal pada satu-satu versi riff, irama yang catchy walaupun berat dan dijangka tidak bosan mendengarnya.

Lagu "Keris Songsang" berentak rock n roll yang digabungkan dengan riff-riff death metal dan sedikit riff melodic jawa. Klasifikasi genre lagu ini tak dapat nak diperinci secara tepat tapi secara am nya ia adalah lagu melodic death n roll versi Farasu. Tiada riff yang dicedok atau "copy-paste" daripada mana-mana riff lagu lain. Jelasnya, lagu ini tulen dan terhasil daripada garapan kreativiti ilham sendiri.

Lagu "Bisikan Suara Halus" adalah ciptaan penuh saudara Nahaq. Boleh diklasifikasikan sebagai eastern melodic death-thrash metal. Terdapat gabungan dua elemen utama yang membentuk lagu ini iaitu elemen arabic dan thrash metal. Sound yang berat telah memberi wajah lagu ini menjadi death. Tiada cedokan mana-mana riff daripada lagu-lagu lain, ianya dikira sebagai ilham yang tulen.

Itulah secara ringkas berkenaan lagu-lagu yang bakal dirakam ini. Mungkin akan terjadi perubahan jika kreativiti mendatang secara tiba-tiba ketika proses rakaman nanti.

No comments: