Wednesday, December 24, 2008

Pengenalan Keanggotaan Farasu


dari kiri: Nahaq, Arm & Fidaiyyin (2007)


Gambar di atas telah diambil pada penghujung 2007 lalu, kami bertigalah yang menjadi tunjang Farasu. Ketika itu, lead gitaris Faizal Fauzi (tiada dalam gambar) masih bersama dengan Farasu. Kesibukan beliau pada komitmen pengajian di Aswara telah membataskan masa beliau dengan Farasu.

Menjelang bulan Oktober 2008, aku dan Nahaq telah membuat keputusan supaya perjalanan band tetap diteruskan tanpa Faizal. Selepas itu, basist lama Farasu iaitu Bull (ex-editor zine Barzakh) telah menyertai kami semula setelah beliau berundur dari band pada 2003 lalu. Bull telah menyatakan hasrat untuk bersama Farasu dan kami telah bersetuju menerimanya.

Sebelum ini, Arm adalah basist tetapi dengan penyertaan semula Bull, Arm telah mengambil posisi vokal.

Untuk tahun 2009 ini, keanggotaan Farasu sekali lagi akan menerima seorang gitaris baru. Pengumuman keanggotaan band ini akan diberitahu kelak selepas 3hb Januari 2009.


Sunday, December 21, 2008

Ziarah ke Pulau Besar, Melaka.


Makam Tok Janggut....bukan Tok Janggut Kelantan....


Pandangan dari pantai Makam Tok Janggut..kalau tak silap panjangnya lebih kurang 30 kaki!!!


Pulau Besar dari arah jeti Anjung Batu, Umbai Melaka....


Kompleks Makam & Madrasah Sultanul Ariffin....

Sabtu lepas, 20hb Disember 2008...
Ziarah ke Pulau Besar, Melaka bersama bonda dan seorang rakan, saudara Tay Jay Son.

Sejak aku bekerja enam bulan lepas, inilah waktunya dan harinya yang dapat membuat ziarah ke pulau keramat ini. Sempena nak masuknya bulan Muharram ni, aku mengambil peluang cuti ke Pulau Besar untuk meditasi...ni bukan ritual black metal pun....

Tuesday, December 16, 2008

Rakaman Sesi Pertama: 14hb Disember 2008

Setelah dua bulan merancang, Farasu telah memulakan sesi rakaman pertamanya pada 14hb Disember 2008 lalu.

Selepas melayan emosi menonton perlawanan bola sepak EPL Liverpool vs Hull City, tepat jam 1.30 pagi kami memulakan rakaman trek drum empat buah lagu iaitu Keris Songsang, Patrasari, Midnight Evil Spirit dan Bisikan Suara Halus.

Saudara Yazid, telah menjalankan tugasnya dengan berkesan sebagai soundman untuk rakaman ini. Sesi rakaman ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang tekanan.

Pada pagi itu juga, Arm telah sempat merakamkan trek bass untuk lagu Patrasari dan Keris Songsang.

Sesi rakaman untuk trek drum bagi empat lagu seterusnya dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun depan. Antara tempoh tersebut, Nahaq akan menyelesaikan rakaman trek untuk gitar dan lead seterusnya trek vokal (Arm).

Untuk rakaman trek drum kali ini, cymbal yang digunakan adalah Zildjian Hi-Hat 14", ZBT Zildjian 14" sebagai splash cymbal, Paiste Crash Ride 400 18" dan Zildjian 20" Crash. Pedal adalah dari jenis Tama Iron Cobra. Set Drum adalah Tama (lupa pulak aku series nya...)

Tuesday, December 9, 2008

Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa: Iktibar atau kesilapan berulang?

Tepat jam 3.30 pagi Sabtu pada 6hb Disember 2008 lalu telah berlaku kejadian tanah runtuh yang mengemparkan negara. Sebanyak 14 buah rumah runtuh ranap dirempuh runtuhan tanah.

Suasana tempat kejadian hampir menyamai suasana tsunami tapi di Bukit Antarabangsa ini ia telah menerima tsunami tanah!!!

Semua media telah melaporkan berita eksklusif ini dan seperti yang dijangka isu kelulusan pembangunan di tanah tinggi kembali diperkatakan. Masing-masing tampil dengan pelbagai fakta, andaian dan salah menyalah mencari kesilapan.

Tidak perlu untuk berhujah berkenaan cara tanah itu runtuh dan proses kejadian malang itu berlaku, tetapi persoalannya adakah kita selama ini mengambil ikhtibar kejadian yang sama atau kembali mengulangi kesilapan setelah merasakan tidak akan berlaku lagi kejadian ini?




Sesi Rakaman Lagu Baru


Tarikh 13hb Disember 2008 (Sabtu ini) adalah suatu langkahan baru buat Farasu yang akan menjalankan proses rakaman lagu baru.

Rakaman tersebut akan dibuat di sebuah studio di Puchong. Untuk sesi pertama ini, dua lagu yang akan dirakam iaitu "Keris Songsang" dan "Bisikan Suara Halus".

Kedua-dua lagu ini menampilkan keistimewaan tersendiri, tidak tipikal pada satu-satu versi riff, irama yang catchy walaupun berat dan dijangka tidak bosan mendengarnya.

Lagu "Keris Songsang" berentak rock n roll yang digabungkan dengan riff-riff death metal dan sedikit riff melodic jawa. Klasifikasi genre lagu ini tak dapat nak diperinci secara tepat tapi secara am nya ia adalah lagu melodic death n roll versi Farasu. Tiada riff yang dicedok atau "copy-paste" daripada mana-mana riff lagu lain. Jelasnya, lagu ini tulen dan terhasil daripada garapan kreativiti ilham sendiri.

Lagu "Bisikan Suara Halus" adalah ciptaan penuh saudara Nahaq. Boleh diklasifikasikan sebagai eastern melodic death-thrash metal. Terdapat gabungan dua elemen utama yang membentuk lagu ini iaitu elemen arabic dan thrash metal. Sound yang berat telah memberi wajah lagu ini menjadi death. Tiada cedokan mana-mana riff daripada lagu-lagu lain, ianya dikira sebagai ilham yang tulen.

Itulah secara ringkas berkenaan lagu-lagu yang bakal dirakam ini. Mungkin akan terjadi perubahan jika kreativiti mendatang secara tiba-tiba ketika proses rakaman nanti.

Sesi Bergambar Selepas Kongres Nasional 2008



Sesi bergambar selepas selesainya Kongres Nasional Kelima 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam. Muka masing-masing nampak letih tapi lega sebab beban kongres dah habis...