Dapur/Rekabentuk: Daun Buluh Melayu
Ukuran
Keterangan Bilah
Bilah ini dikatakan berasal dari negeri Perak. Ketara sifat fizikal sebagai identiti wilayah terletak pada bentuk Mal iaitu bahagian pangkal bilah yang terdapat di antara pangkal mata bilah (digelar Sor-Soran) dan Methuk (collar-ring ) berbentuk heksagon.
Merujuk kepada gambar, anak panah menunjukkan muka pangkal bilah yang dipanggil 'Mal' yang bersegi enam atau heksagon.
Ini ciri khas lembing Daun Buluh Melayu yang berasal dari Perak atau Kedah. Berbeza dengan lembing Daun Buluh Melayu dari Pantai Timur Tanah Melayu yang mempunyai mal berbentuk bulat cembung (digelar Buah Gutung).
Bahagian bawah Mal disebut Methuk atau 'collar-ring' yang menjadi tapak bilah lembing jenis diameter (ukur lilit) bulat seperti bentuk gelas (lihat gambar bawah).
Pamor dan Ketandaan
Lembing Daun Buluh Melayu gaya Perak ini dianggarkan usia lebih daripada 200 tahun, ia mungkin lembing era akhir kurun ke-18 (1780-1800) atau awal kurun ke-19 (1801-1820).
Terdapat pamor merambut yang bermula dari pangkal mata bilah (Sor-Soran) sehingga ke bahagian pucuk bilah.
Ada ketandaan Jarum Sepucuk atau Alur Anak Sungai pada bahagian pucuk bilah. Ketandaan itu tertera dengan jelas (rujuk gambar bawah);
Keratan Rentas Bilah
Bilah lembing ini mempunyai tulang di bahagian tengah. Jika dilihat secara keratan rentas, bentuk bilahnya adalah jenis berlian atau 'diamond shaped blade'.
Lembing Daun Buluh Melayu gaya Perak ini adalah antara koleksi peribadi aku yang menarik dan agak sukar diperolehi lagi. Ia sudah menjadi warisan pusaka bangsa yang wajar dipelihara dan dipulihara sebaik mungkin.
TAK HILANG PUSAKA MELAYU.