Wang kertas RM1.00 ini diperolehi ketika isteri aku membeli kek di Old Town PJ beberapa bulan lepas dan yang menariknya wang kertas ni masih elok-tidak comot, tidak kusam kelihatan seperti baru beberapa dicetak. Sebenarnya gambar scan wang kertas itu bukan sekeping tetapi dua keping. Mungkin pada yang tidak mempunyai minat mengumpul wang kertas lama, ia tidak bernilai apa-apa. Namun pada aku, wang kertas note RM1.00 sudah dikira 'rare', ia merupakan versi keluaran kedua kalau tidak silap cetakan selepas tahun 1981.
Dalam simpanan aku juga ada keluaran tahun 1970an. Aku sekarang tengah mencari-cari note RM1.00 cetakan awal sekitar 1967. Kalau ada tuah, mungkin dapat.

