DUN Senallang yang terletak dalam Parlimen Semporna di Sabah merupakan kawasan
pilihanraya negeri yang diwakili oleh Dato Seri Panglima Shafie Afdal setelah
memenanginya pada PRU14 tahun 2018 lalu.
SEJARAH AWAL
Kerusi ini telah diwujudkan melalui persempadanan semula kawasan pada tahun 1999. Ia merupakan pecahan daripada kerusi Sulabayan.
Ia telah melalui enam (6) pilihanraya bermula pada tahun 1999 iaitu semasa PRU-10. Ketika itu pilihanraya negeri telah dijalankan secara serentak dengan pilihanraya umum peringkat Persekutuan.
Parti Umno-BN telah konsisten memenangi kerusi Senallang sejak tahun 1999 sehingga ditewaskan oleh Parti Warisan Sabah pada tahun 2018 lepas. Datuk Nasir Tun Sakaran telah menjadi wakil rakyat Senallang dari parti Umno (1999-2018). Beliau tewas kepada Shafie Afdal pada tahun 2018 dan menamatkan penguasaan Umno di situ.
Shafie sekali bertanding mempertahankan kerusi ini pada pilihanraya mengejut (snap-election) pada tahun 2020 dan berjaya memenanginya dengan mudah walaupun dicabar oleh empat calon lain. Beliau menang dengan majoriti 4,631 undi.
PRESTASI
Jadual 1 Prestasi Pilihanraya Senallang
Berdasarkan analisis mudah berdasarkan
Jadual 1 di atas, agak sukar buat mana-mana parti lawan untuk menyaingi dan mengalahkan Shafie Afdal di Senallang.
Semasa BN Sabah mendominasi politik Sabah (1994-2018), kawasan Senallang merupakan zon hitam kepada parti-parti lawan BN samada parti nasional (PKR, PAS) dan parti-parti tempatan. Nasir Tun Sakaran begitu ampuh dan menang dengan undi majoriti yang selesa. Bermula pilihanraya tahun 2004 hingga tahun 2013, beliau tidak dapat digugat oleh calon-calon parti lawan. Mungkin kerana pengaruh keluarga beliau dan bapanya, Tun Sakaran Dandai maka masyarakat tempatan kekal memberi undi besar kepada Nasir.
Akan tetapi ketika gelombang politik Warisan Sabah mengombak pada tahun 2018 seiring dengan tsunami politik peringkat nasional, Nasir Tun Sakaran berjaya ditewaskan oleh Shafie Afdal. Buat pertama kali Umno-BN tewas di Senallang dengan Nasir memperolehi 2,453 undi (23.3%) manakala Shafie selesa mendapat 7,754 undi (73.75%) dalam perlawanan dua penjuru.
Warisan Sabah menang dengan majoriti 5,301 undi. Kemenangan ini sudah dijangka berikutan gerakan Warisan Sabah yang giat sejak 2017 lagi di seluruh Sabah. Undi popular BN di Senallang merosot besar sebanyak 49.85 peratus.
No comments:
Post a Comment