Monday, March 25, 2013

Hasil Buah-Buahan dari Inas, Kuala Pilah


Hujung minggu lepas (17 Mac 2013/Ahad) aku sekeluarga bersama mertua balik ke Inas, Kuala Pilah. Kata abah mertua aku balik nak kutip buah dokong!

Kami bergerak dari Petaling Jaya jam 10:30 pagi dan tiba di Inas jam 1:00 tengahari. Sempat singgah di Pekan Rembau untuk makan tengahari. 

Lama juga aku sekeluarga tak balik ke Inas, cuma abah mertua aku yang kerap balik untuk menengokkan uwan isteri aku. 

Sampai sahaja di rumah kampung, aku dan isteri terus ke belakang rumah untuk meninjau-ninjau pokok dokong, langsat dan manggis. Buah dokong dan langsat dah sampai masanya untuk dipetik cuma manggis yang masih kuning warna kulit buahnya, mungkin dalam seminggu dua lagi akan masak.

Pekan Johol...sunyi sepi pada hari minggu

Pemandangan laman depan rumah uwan isteri di Inas, Johol

satu lagi pemandangan sunyi di Pekan Johol, Kuala Pilah

Buah Dokong di kampung mertua aku...

inilah hasil sebakul dokong yang dipetik...lebih daripada  10 kg ni!

Dokong-dokong yang berada di dahan pokoknya...

Puteri sulung aku, Inun ...tak pernah tengok buah dokong!

Setandan pisang 40 hari & sebakul langsat

Pemandangan dekat Pisang 40 hari...macam pisang emas je!?

Acara memanjat pokok langsat...banyak semut hitam yang menunggu di gugusan buah langsat!

Pemandangan belakang rumah uwan isteri...kat sini lah pokok pisang 40 hari, langsat, lengkuas, bonglai dan rambutan tertanam. Untung ada kampung yang bertanah luas...macam-macam boleh tanam!


Acara memetik langsat...sedang menghadapi serangan ribuan semut hitam!

Inilah dia Pisang Kapas

Sunday, March 24, 2013

Ulasan gig: Impak Menggegar Otak-23 Mac 2013

Gig: Impak Menggegar Otak
Tarikh: 23 Mac 2013/Sabtu
Venue: MKB Studio, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Masa: 6:00-10:00 pm
Gambar-gambar dipetik daripada Saudara Nasran Mamat Nasr, Aidil Heldrasil & Hafiz Ridzuan Ben __________________________________

Menepati tajuk gig iaitu Impak Menggegar Otak, aku berpandangan ia merupakan gig yang terbaik setakat ini jika mengikut spesifikasi dari segi;

-kepelbagaian band
-kemeriahan & semangat crowd
-suasana venue

-kelancaran perjalanan gig

Ulasan ini hanya meliputi persembahan band pembukaan hingga Chugga Ritual sahaja, kerana selepas band tersebut aku ada urusan keluarga yang wajib diuruskan.

Gig dimulakan lewat daripada masa yang dimaklumkan dalam flyers yang sepatut bermula jam 3:00 petang. Namun begitu, pihak penganjur tetap memulakannya tepat jam 6:00 petang.

SACWRATH
Ini adalah gig ketiga Farasu. Sebagaimana jangkaan awal kami, ternyata gig ini gagal dari segi menghadirkan crowd yang ramai. Namun begitu, ia bukan satu faktor 'pembunuh' kemeriahan gig.

Aku sempat tengok persembahan dua lagu terakhir oleh band pembukaan, Sacwrath. Persembahan yang bertenaga dan menyakinkan terpancar dari ekspresi muka setiap line-up band tersebut. 

Sesuai dengan jiwa muda, lagu-lagu band ini bercorak modern technical death-metal. Sesuatu yang boleh dipuji pada persembahan Sacwrath adalah semua line-up nya memperlihatkan persefahaman dan kombinasi permainan yang agak baik. Young & aggressive!

HELDRASIL
Seterusnya band kedua menyusul iaitu Heldrasil, sebuah band melodic death-metal dari Seremban. Mengikut pendengaran aku, berdasarkan persembahan lagu-lagu Heldrasil mempunyai pengaruh Swedish Metal yang agak iras dengan corak muzik Dark Tranquility digabungkan dengan melodi-melodi Melayu. Ia terserlah melalui petikan dan alunan skala oleh lead guitar Erik. 

Heldrasil tampil dengan dua vokal kali ini. Kelihatan crowd begitu layan 'berheadbanging' sepanjang persembahan Heldrasil!

Tepat jam 7:00 malam, Farasu mengambil alih pentas gig. Kali ini kami semua bermain dalam mood yang relaks memandangkan tidak melibatkan senarai band yang banyak sebagaimana 'kerencaman' sikap kebanyakan penganjur gig yang gemar membariskan senarai panjang band dalam sesbuah gig!

Ucapan terima kasih aku secara peribadi pada Acu Heldrasil yang sudi meminjamkan set cymbal beliau untuk persembahan Farasu. 

Farasu memulakan persembahan dengan lagu Keris Songsang disusuli Patrasari, Bisikan Suara Halus, Tangisan Malam dan diakhiri dengan sebuah lagu cover  'Holy Diver' (DIO). 

Aku kebasahan dek peluh yang keluar mengalir gara-gara bahang di sudut pentas yang tiada sebarang angin daripada air-con. Perkara sama dialami oleh semua band. Namun itu bukan suatu halangan untuk kami memberi persembahan bertenaga. Aku sendiri agak selesa dengan set drum yang ada, mungkin pihak Studio MKB telah menukar set skin pada tom dan bass. Terasa melantun dan boleh 'tripplet' twin pedal aku.

Aku terpaksa bergantung pendengaran sepenuhnya kepada sound gitar kerana langsung tidak mendengar suara vokal. Ini lagi satu kekurangan yang wajar diambil perhatian pihak MKB dengan menyediakan sekurang-kurangnya satu monitor di belakang pentas bersebelahan drum set. Mujur sound gitar dan bass semasa persembahan kami berada dalam keadaan baik. Aku hanya boleh mendengar 'sing-along' crowd ketika lagu terakhir-"Holy Diver..soul survivor!" HAHAHHAHHAAHHA...

CHUGGA RITUAL
Sebelum bergerak balik, aku sempat melayan persembahan band dari Singapura-Chugga Ritual. Jujur bicara aku, ini band sangat sempoi!

Tampil dengan konsep death-grind-humoristic, persembahan Chugga Ritual sangat menghiburkan. Crowd diajak untuk 'sing-along chorus' lagu-lagu mereka seperti 'Kepala Butuh', 'Kesian tengok muka saya dan sebagainya yang mencetuskan mood gelak ketawa!

BLACK TERRITORY
TRAGICA 
Beberapa band selepas itu yang tak berkesempatan untuk ditonton adalah Tragica, dan Black Territory.

Kesimpulan
Walaupun gig ini tidak menghadirkan ramai crowd, namun ia sebuah gig yang sangat happening. Penganjur agak bijak dari segi menyenaraikan band yang mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri tanpa terikat dengan satu-satu konsep metal. Kepelbagaian seperti ini wajar dilaksanakan pada kebanyakan gig dan tidak terikat dengan satu genre metal memandangkan scene metal negara yang tidak besar. Aku yakin tiap-tiap crowd yang hadir dalam gig kali ini terhibur dan teruja dengan semua persembahan band terlibat.

Venue gig aku kira sangat strategik dan tidaklah mengganggu kerana terletak dalam pusat perniagaan Bandar Baru Bangi. Lebih menarik MKB Studio berada dalam lingkungan kawasan perniagaan makanan yang pelbagai. Tidak timbul kesukaran untuk mencari tempat melepak dan makan sementara menunggu gig atau persembahan sesuatu band.

Kekurangan yang sangat biasa berlaku dalam scene metal negara adalah kelewatan memulakan gig. Aku berharap agar untuk penganjuran seterusnya, pihak penganjur wajar dan wajib bertegas dalam perjalanan gig. Penetapan masa gig wajar diambil berat supaya gig tidak bermula lewat yang boleh membantutkan mood crowd dan band. Lewat setengah jam daripada waktu asal itu tidak menjadi masalah tetapi lewat lebih daripada dua jam itu yang bakal mencetuskan persepsi lain!

Promosi gig juga wajar menggunakan kaedah lama iaitu edaran flyers dan iklan samada akhbar atau majalah-majalah muzik. Ini pandangan peribadi aku-promosi melalui laman sosial seperti FB belum cukup untuk menarik kehadiran ramai crowd. Promosi gig juga memerlukan satu regim khusus supaya diketahui ramai dan dapat menarik kehadiran.

Terima kasih buat penganjur yang sangat komited untuk menjayakan gig dan crowd yang hadir serta menyokong persembahan tiap-tiap band! Semangat ini yang diperlukan untuk menghidup dan memeriahkan scene metal negara tanpa dicengkam politiking scene!!!




Wednesday, March 6, 2013

Logo baru Farasu


Inilah logo terkini Farasu yang dihasilkan oleh vokalis kami, saudara Shah Zaini. Logo yang sama juga telah dipamerkan dalam laman sosial Facebook oleh semua anggota dan page Farasu.

Logo baru ini turut melalui beberapa kali gubahan semula atas beberapa elemen yang dianggap tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Farasu. 

Ada yang bertanya, mengapa & kenapa bermotifkan kuda?

Jawapannya mudah kerana perkataan Farasu itu sendiri diambil daripada nama kuda semberani/ajaib (pegasus) Raja Suran iaitu Farasu al-Bahri. Ia tidak sama dengan ikon Cromok malah tiada kaitan langsung kerana ikon Cromok adalah unicorn. 

Perkataan Farasu itu juga berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kuda. Motif dan lorekan gaya Nusantara bersama bintang bucu lapan adalah gambaran ketimuran. Ia juga melambangkan corak muzik Farasu-modern eastern metal!

Kemunculan logo ini adalah bayangan bahawa Farasu bakal mencetuskan kelainan baru dan visi untuk maju dalam seni muzik Metal kalau boleh sampai ke peringkat antarabangsa.

Ayat poyo & provok yang boleh aku ungkapkan di sini;
'Farasu...the mighty eastern metal!'

Tengok Wayang: Rock Ooo


Rock Oo..umpama sambungan kepada filem Rock. Filem arahan Mamat Khalid yang menampilkan gaya pakaian, sikap dan muzik era rock 80an tanah air yang pernah mengegar scene muzik Nusantara.

Aku menonton filem ini bersama isteri tercinta di TGV Cinema The Mines, Balakong. Dalam tempoh dua minggu, ini filem Melayu kedua dan arahan Mamat Khalid yang aku tengok. Sebelum ini melayan filem Jin Toncet, Mon & Husin yang sempoi dari segi selingan aksi-aksi lawak.

Cuma kali ini kepuasan menonton Rock Oo tidak sama sebagaimana filem Rock dahulu. Ini pandangan aku, seperti ada yang tidak terlepas untuk disampaikan melalui filem ini. 

Bahagian-bahagian lawak filem ini memang menjadi samada dari mimik muka Que Haidar, Khir Rahman dan Sofi Jikan serta gaya 'rock' kangkang yang mengedik...kakakakkaka.

Ada beberapa bahagian filem ini yang mencetuskan 'flash-back' pada pengalaman aku yang lepas-lepas sejak aktif bergelumang dengan muzik. Scene yang memaparkan Pekin Ibrahim membawa watak Slash yang datang jamming dengan awek cintan memang berlaku dan masih berlaku hingga kini....kakakakakka. Sampaikan ada line-up dalam band sakit hati sebab 'gangguan' sebegitu. Semangat semacam Slash itu juga wujud. 

Aku agak suka dengan ayat selamba yang diucapkan oleh Pekin iaitu 'Wa ok je!' suatu ayat yang kerap diucap oleh anggota band lama aku dulu..tak kisah apa keadaan, itulah ayat yang diucapnya! Memang kenangan betul. Cuma senario maki dan terus tinggalkan awek itu tak pernah berlakulah dalam band lama aku dulu.

Kali ini aksi dan persembahan 'live band' agak kurang terserlah sebagaimana filem Rock. Ia banyak memaparkan scene yang dramatik-pengurus kena tangkap, kawan rumah mati hisap dadah, berlapar sebab takde duit nak makan....cuma scene dalam tempat gig bernama Galactica itu aku tak berapa faham...macam tergantung tujuan Rimba Bara datang ke situ...

Ada hakikat yang berlaku dalam band yang dipaparkan benar-benar berlaku. Tukar ganti line-up itu sememangnya berlaku dalam semua band muzik. Kegagalan line-up band menerima hakikat tidak boleh menyanyi, tiada bakat itu juga berlaku...kakakkakaka. Nyanyi ke laut entah ke mana...

Filem ini sebenarnya mencetuskan ingatan penonton kepada kegemilangan muzik rock yang telah menaikkan scene muzik Malaysia era 80an dahulu. Akhir filem ini turut memaparkan scene 'upacara potong rambut' yang pernah berlaku ketika Datuk Mohamed Rahmat menjadi Menteri Penerangan dahulu. Beliau menjadi lambang kejatuhan scene muzik rock negara, ditambah pula dengan beberapa media memainkan 'peranan' menyampaikan suasana negatif pengikut-pengikut rock.

Lepas ini, Mamat Khalid boleh buat satu filem tentang scene Metal Malaysia pulak...harap itu berlaku supaya 'kebobrokan' media membuat untung dapat dipaparkan melalui manipulasi isu 'Black Metal' yang hampir membunuh scene Metal Malaysia...namun komuniti Metal Malaysia lebih berdikari dan memperlihatkan 'fighting force' walaupun kecil tetapi tetap wujud hingga kini!


Famili Trip: Cameron Highland

Suasana matahari terbit dari Equatorial Hotel, Kea Farm
Famili Trip
Lokasi: Cameron Higland, Pahang.
Tarikh: 3,4 & 5 Mac 2013.

Ini adalah kali pertama aku menjejak kaki dan datang bercuti ke Tanah Tinggi Cameron a.k.a Cameron Highland. Semasa usia budak-budak dulu, hanya pernah dengar cerita dan pengalaman kawan-kawan bercuti di kawasan ini. Syukur selepas berumahtangga barulah peluang itu dijelmakan oleh Ilahi.

Selepas bermalam di kampung ibu mertua, Pekan Parit, Perak dan menghadiri kenduri kahwin seorang adik beradik mertua di sini, aku dan keluarga bergerak jam 12.30 tengahari. Kami mengikut laluan dari Simpang Pulai-Cameron Highland. Aku tak berapa ingat jam berapa tiba di Cameron Highland sebab kena menumpukan pemanduan di jalan yang berbelok-liku sepanjang membelah tanah tinggi Banjaran Titiwangsa.

Seingat aku, selepas sahaja melepasi sempadan Perak-Pahang, pekan pertama yang dilalui adalah Kampung Raja. Jika tengok pada nama, aku jangka ini mesti sebuah kawasan kampung tradisional Melayu seperti Janda Baik, Bentong namun sangkaan itu meleset. Ia adalah sebuah pekan yang didiami oleh majoriti masyarakat Cina. Suasana persekitaran dengan susun atur bangunan dan kebun-kebun sayur-sayuran yang menguasai landskap bukit seperti bukan berada di Malaysia. Aku macam berada di negara China atau Nepal (sama macam dalam dokumentari Nat Geo). 

Untuk sampai ke hotel penginapan kami iaitu Equatorial Hotel, kami perlu melalui laluan berbukit dengan cabaran kenderaan yang banyak pada hujung minggu, yang pastinya adalah pelancong-pelancong dalam negeri yang datang bercuti di sini. Selepas melepasi pekan Kuala Terla dan Tringkap, akhirnya aku dan keluarga tiba di hotel tersebut yang terletak bersebelahan The Kea Farm antara kawasan perniagaan penting di ketinggian 1,500 meter dari aras laut!

Suasana kedai menjual sayur-sayuran & lain-lain hasil tani di The Kea Farm.
Pemandangan laluan masuk The Kea Farm
Secara peribadi, aku teruja melawat-mendaki-bergambar di kawasan ladang teh. Inilah kali pertama aku menjejak kaki dan melihat ratusan pokok teh depan mata.

Aku pun bukanlah penggemar buah strawberi semacam anak & orang rumah tetapi tidaklah bermaksud aku langsung tak pernah tengok buah strawberi. Keseronokannya adalah memetik strawberi bersama anak sulung. Aktiviti biasa tetapi merapatkan lagi kemesraan aku dengan anak. 

Hasil tuaian sendiri...strawberi yang dipetik bersama anak aku
Mood aku sedikit terganggu pada petang Isnin (4 Mac 2013) dengan satu posting palsu yang menggunakan akaun FB aku, ketika online sekejap di Starbuck, Tanah Rata. Namun aku tak mahu mengganggu semangat percutian ini, maka aku sekadar menukar password FB.

Suasana Sejuk
Aku menjangkakan suhu sekitar The Kea Farm dan pekan Berinchang sekitar 16-14 darjah Celcius menjelang waktu malam. Sebelah siangnya sekitar 18-16 darjah Celcius. Memang sejuk, hinggakan dalam bilik hotel memang tidak ada air-con.

Makan malam pertama aku sekeluarga di Cameron Highland adalah di sebuah restoran tom-yam di Pekan Berinchang. Namun makanan kat sini agak 'potong stim' sebab sup tulangnya dicampur dengan taugeh. Memang 'jemm' rasa untuk menikmati selera malam. 

Malam kedua, kami makan di Tanah Rata di deretan kedai makan bersebelahan terminal bas Tanah Rata. Makanan di sini ok.

Ada beberapa kampung Melayu yang aku perasan iaitu Kg Melayu Berinchang dan Kg Taman Sedia. Kebanyakan kawasan adalah didiami masyarakat Cina. Kebanyakan petani-petani Cina menjalankan kegiatan pertanian dan niaga tani di sepanjang lereng-lereng bukit manakala petani/pengusaha Melayu menjalankan aktiviti di sekitar Berinchang dan Kg Taman Sedia.

Tea House, Bharat Plantations, Tanah Rata
Suasana ladang teh dari Tea House Bharat Plantations
Aku sekeluarga bergerak balik ke KL jam 10.30 pagi dan mengikut laluan Cameron Higland-Tapah. Kami sempat singgah di Tea House Bharat Plantations, Tanah Rata. Pemandangan ladang teh di lereng-lereng tanah tinggi memang sesuatu pemandangan yang indah lagi mendamaikan. Cuma kalau anda semua bukan peminat teh, janganlah gatal-gatal atau mengada-gada nak cuba teh pelik-pelik. Aku bukan peminat teh tapi sebab nak cuba teh campur cengkih, kepala aku jadi pening ditambah pulak laluan balik berliku-liku dan agak lama untuk sampai ke Tapah.

Ini kali pertama juga aku melalui kawasan bernama Habu dan Pekan Ringlet. Tak sangka pulak di Habu Height ini letaknya Pejabat PKR Cabang Cameron Highland. Sekitar Tanah Rata dan sepanjang Jalan Besar Tanah Rata-Berinchang penuh dengan bendera BN, MCA, Gerakan dan MIC...dah macam minggu depan pulak PRU-13. Sekali-kali ternampak bendera DAP dan PKR di laluan Tringkap-Kg Raja.

Cuma satu yang aku harapkan adalah kehijauan dan kewujudan hutan gunung ini terpelihara dan tidak ditukar status menjadi tanah pertanian kerana ia berkait rapat dengan keseimbangan tadahan air kawasan tanah tinggi. Ada sungai-sungai di kawasan ini sudah mulai keruh tidak sejernih yang disangka walaupun bukan musim hujan.

Wednesday, February 27, 2013

Ulasan Ringkas: Music Against Massacre Gig

Farasu...selepas habis persembahan!

Ini gig kedua Farasu selepas Kepura Cave, Ipoh. Gig yang bertemakan 'charity event' ini dilangsungkan selama dua hari dengan melibatkan lebih daripada 20 buah band sekitar PJ, Shah Alam dan KL.

Sudah agak lama Petaling Jaya (PJ) tidak berlangsung gig sebegini selepas 'lenyapnya' The Gigger @ Paul Place, di Jalan Klang Lama. 

Ulasan ringkas ini bertumpu pada gig hari kedua iaitu pada 17 Febuari 2013/ Ahad yang melibatkan keberadaan aku di lokasi gig. 

Kami tiba sekitar jam 4:30 petang kerana Farasu dijadualkan bermain kedua terakhir sebelum Blind Tribe. 

Sempat juga aku berjumpa dan ramah mesra ringkas dengan beberapa teman lama yang pernah aktif dalam scene muzik PJ era Paul Place macam Fariz XS Denied dan yang lain-lain ingat rupa tapi lupa nama!

'The Performer'
Selepas azan Maghrib, iaitu sekitar jam 7:45 malam, kami memulakan sesi ringkas 'soundcheck'. Walaupun kehadiran crowd yang tinggal waktu itu 20-30 orang sahaja, namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk memulakan persembahan.

Kami memahami situasi yang berlaku sebagaimana diperjelaskan oleh penganjur selepas tamat gig.

Tepat jam 8:00 malam, Farasu memulakan persembahan dengan lagu Keris Songsang. Sekali lagi vokal kami memperlihatkan keterujaan melontarkan suara dengan penuh semangat seperti membuat persembahan di hadapan lima ribu penonton! Itu dedikasi terbaik dan pengalaman berharga dalam melalui situasi persembahan begini. Hatta 10 orang pun crowd, persembahan wajib dijalankan dengan semangat!

Kesinambungan persembahan diteruskan dengan 'Tangisan Malam' dan diakhiri dengan sebuah lagu cover Dio iaitu 'Holy Diver'.

Lokasi gig dikira sangat menarik dengan ruang dewan yang sangat besar dan sesuai untuk dilangsungkan gig sebegini. Cuma agak kurang meriah kerana tidak ramai crowd yang hadir. Terima kasih buat penganjur yang sudi menjemput Farasu untuk persembahan gig ini. 

Harapan seterusnya jika acara yang sebegini dilangsungkan pada masa depan, aspek-aspek promosi wajar diambil kira oleh penganjur supaya kemeriahan gig dapat memberi kesan kepada crowd dan para band yang terlibat!

Wednesday, February 6, 2013

Farasu live at Kepura Cave: Ulasan Gig!

Setelah setahun tidak terlibat dengan sebarang persembahan gig dan berkebetulan pula Farasu kini menjejak usia 10 tahun, akhirnya kami tampil di Kepura Cave, Lost World Tambun, Ipoh.

Ini adalah persembahan pertama Farasu bagi tahun 2013 dan juga pembukaan yang terbaik sempena 10 tahun kewujudan Farasu. Kali ini kami telah tampil bersama line-up yang baru dan juga kali pertama buat anggota-anggota baru melakukan persembahan untuk Farasu. Senang cerita segala-galanya kali pertamalah untuk gig ni...kakakkakaka!

Agak menguja perasaan secara peribadi dapat main di gig anjuran sahabat lama aku-Bob Pyron. Akhirnya Farasu dijemput jugak main gig di Ipoh! Menariknya venue gig adalah sebuah gua batu kapur dan kalau ikut kenyataan promosi Bob Pyron ia adalah satu-satunya venue persembahan dalam gua di dunia! Wah...ini dah kira hebat. Aku pun belum pernah main gig di tempat-tempat luarbiasa selain daripada studio jamm, dewan atau rumah kedai!

Seluruh line-up mengambil serius untuk gig ini dan kami telah berlatih secara konsisten setiap hari Jumaat dan Sabtu selama tiga berturut-turut sebelum hari gig! Kami memang berhasrat untuk membuat sebuah persembahan yang sangat bertenaga, almaklumlah nak datang di kawasan taklukan Ipoh Metal Militant!

Lokasi Kepura Cave

Kami tiba di Ipoh sekitar jam 3:55 petang. Sebelum gig bermula jam 8 malam, sempat jugak kami bersiar-siar terhad di kawasan sekitar sambil mencari mood untuk momentum persembahan.

Aku agak terpesona dengan suasana alam yang terdapat di Lost World Tambun. Harapnya kehijauan sekitar Tambun terpelihara dan takdelah pulak ditukar status tanahnya sebab nak korek batu kuari!

Sekitar jam 6:45 petang, giliran kami membuat 'sound-check'. Beberapa kekurangan dapat dikenalpasti dan kami sedaya upaya memahami peralatan sistem bunyi yang disediakan oleh penganjur untuk mengatasi kelemahan-kelemahan. 

Gig bermula selepas Maghrib (komuniti Metal sangat menghormati waktu solat...oleh itu para wartawan pelapor isu black metal harus peka tentang ni, termasuklah orang-orang politik, jangan buta hati untuk melihat dan memahami)...Persembahan pertama dimulakan oleh Vinir diikuti oleh Insanhak.

Farasu pula mengambil giliran persembahan yang ketiga pada malam itu. Vokal kami, Shah sedang bercampur perasaan-teruja, goyang-ketar nampaknya berjaya menenangkan perasaannya. Maklumlah ini persembahan pertama beliau sebagai vokal dan bersama Farasu!

Ini senarai lagu persembahan kami malam itu;
1. Intro
2. Keris Songsang
3. Patrasari
4. Bisikan Suara Halus
5. Tangisan Malam
6. Holy Diver (cover)

Sambutan crowd agak menggalakkan. Secara rambang lebih 100 orang telah hadir memenuhi venue. Persembahan lagu cover kami-Holy Diver turut dinyanyikan bersama oleh crowd. Ini adalah venue yang unik dan menarik. Kami juga begitu bersemangat dek sambutan menggalakkan crowd menikmati persembahan Farasu. Cuma dari segi sound dan miking je yang sedikit merencat kualiti bunyi, namun crowd dan Farasu tetap enjoy!