Monday, October 26, 2009

Farasu New Album




Setelah hampir 5 bulan terlibat dalam usaha menyiapkan rakaman lagu-lagu baru, akhirnya selesai sudah proses rakaman, mixing dan mastering kesemua lagu yang dirakam tersebut.

Kami telah bersetuju dan menetapkan bulan November 2009 ini untuk 'release' album terbaru Farasu. Buat masa ini, rekabentuk inlay, cover album dan susunan album masih dalam perbincangan. Tajuk album yang dipersetujui ialah "Menongkah Arus"....

Friday, August 21, 2009

Hydrea jamm session


Selain dari aku, Hydrea turut dianggotai oleh Ajai-vokal(kiri), Qucai-gitar, Apai-bass(kanan) & Yus-gitar (takde dalam gambar sebab kerja....kakaka)



Jamm session Hydrea
Date: 14th August 2009 /Friday
Time: 8.30-10.00 pm
Venue: Hot Sound Studio, Wangsamaju, KL.
List Songs:
1. Intravena Tantrika
2. Gerbang Kayangan
3. Santapan Terakhir Raja Bersiong
4. Samarqand

Majlis Makan Malam DSAI Bersama Profesional NS

Dato' Zaid Ibrahim


Dato' Kamarul Baharin Abbas...Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan


Dato' Seri Anwar Ibrahim...Ketua Umum PKR


Antara hadirin Profesional daripada pelbagai kaum hadir menjayakan Majlis Makan Malam.

Program: Majlis Makan Malam DSAI & Dialog Bersama Profesional NS.
Tempat: Royal Sg. Ujong Club, Seremban.
Tarikh: 11hb. Ogos 2009 / Selasa.
Masa: 8.00 malam-10.30 malam.
Antara kumpulan profesional yang hadir ialah ABIM, Negeri Sembilan Chinese Association (NSCA), wakil-wakil persatuan peniaga & beberapa peguam.

Tuesday, June 30, 2009

Hari Bersanding

Selepas majlis ni....pakcik-pakcik saudara sebelah isteri & sepupu sepapat relaks...layan cerita famili...

My loving queen of my heart...untuk dunia & akhirat..



Sehati sejiwa....menguntum gembira memancar kebahagian.



Pelamin hari bahagia

Monday, May 4, 2009

Nikah Day-2hb Mei 2009

Sepupu-sepupu dan saudara-saudara yang datang....



Menanti Tok Kadi...


Antara yang sabar menanti kedatangan Tok Kadi...


Menuju kemakmuran hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat...

Tuesday, April 14, 2009

Majlis Himpunan Keluarga Keturunan Datuk Paduka Besar Syed Hishamudin





Tiada keterangan untuk tiap-tiap gambar di atas. Ini adalah majlis himpunan keluarga keturunan Datuk Paduka Besar Perlis, Sayyid Hishamudin sebelum Perlis diserah tadbir kepada kerabat Syed Jamalulail sekarang.

Menurut seorang pakcik saudara aku, Datuk Paduka Sayyid Hishamudin ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu yang sulung Datuk Paduka Abu Bakar dan yang kedua bernama Omar Baki.

Jadi perhimpunan beberapa kelompok keluarga ini datang daripada jurai Omar Baki yang berkembang melata di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sesiapa yang membaca blog ini dan jika mempunyai pertalian darah dengan keturunan Datuk Paduka Besar Perlis Sayyid Hishamudin, mohon bagi maklum balas.

Pemandangan Dari Taiping

Lena dalam kepenatan...suasana seorang mamat yang keletihan menjaga operasi bilik gerakan di Taman Molek, Simpang, Taiping.


Usang yang klasik...dalam ronda-ronda pagi selepas sarapan di bandar Taiping, ternampak pulak bangunan rumah kedai yang usang tapi pada aku nampak menarik lagi klasik.


Warisan zaman Victoria...bangunan Majlis Daerah Taping (kalau tak silaplah). Dah berumur 100 tahun lebih tapi masih utuh dan terpilhara. Salah satu mercu tanda klasik di bandar warisan Taiping.

Back to the past...nampak klasik gambar begini diambil dalam warna hitam putih. Salah satu bangunan lama yang masih kekal ciri-ciri asalnya (melainkan cat bangunannya jelah) juga di bandar warisan Taiping.