Wednesday, September 3, 2025

MUZIK | Video muzik terkini Farasu-Seven Curse Ov Ledang


Farasu telah pun tampil dengan satu lagi video muzik terbaru yang dirakam secara profesional dengan kerjasama KelkatuTV dan Rockstage Entertainment. 

'Seven Curse Ov Ledang' ini merupakan lagu yang termuat dalam album Majestica iaitu album 'pro-release' keempat Farasu.

Ada penampilan istimewa model wanita yang melakonkan watak perempuan mistik yang dikaitkan dengan Tujuh Sumpahan Gunung Ledang yang ditujukan kepada Sultan Mahmud Shah Melaka.

Ikuti video penuh, tonton dan hayati perjalanan video muzik ini. Jangan lupa 'Like, Share & Comment' di YouTube Farasu.

POLITIK | Shafie Afdal Berpotensi Kekal Menang di DUN Senallang

DUN Senallang yang terletak dalam Parlimen Semporna di Sabah merupakan kawasan pilihanraya negeri yang diwakili oleh Dato Seri Panglima Shafie Afdal setelah memenanginya pada PRU14 tahun 2018 lalu.

SEJARAH AWAL
Kerusi ini telah diwujudkan melalui persempadanan semula kawasan pada tahun 1999. Ia merupakan pecahan daripada kerusi Sulabayan.

Ia telah melalui enam (6) pilihanraya bermula pada tahun 1999 iaitu semasa PRU-10. Ketika itu pilihanraya negeri telah dijalankan secara serentak dengan pilihanraya umum peringkat Persekutuan. 

Parti Umno-BN telah konsisten memenangi kerusi Senallang sejak tahun 1999 sehingga ditewaskan oleh Parti Warisan Sabah pada tahun 2018 lepas. Datuk Nasir Tun Sakaran telah menjadi wakil rakyat Senallang dari parti Umno (1999-2018). Beliau tewas kepada Shafie Afdal pada tahun 2018 dan menamatkan penguasaan Umno di situ.

Shafie sekali bertanding mempertahankan kerusi ini pada pilihanraya mengejut (snap-election) pada tahun 2020 dan berjaya memenanginya dengan mudah walaupun dicabar oleh empat calon lain. Beliau menang dengan majoriti 4,631 undi.

PRESTASI
Jadual 1 Prestasi Pilihanraya Senallang 

Berdasarkan analisis mudah berdasarkan 
Jadual 1 di atas, agak sukar buat mana-mana parti lawan untuk menyaingi dan mengalahkan Shafie Afdal di Senallang. 

Semasa BN Sabah mendominasi politik Sabah (1994-2018), kawasan Senallang merupakan zon hitam kepada parti-parti lawan BN samada parti nasional (PKR, PAS) dan parti-parti tempatan. Nasir Tun Sakaran begitu ampuh dan menang dengan undi majoriti yang selesa. Bermula pilihanraya tahun 2004 hingga tahun 2013, beliau tidak dapat digugat oleh calon-calon parti lawan. Mungkin kerana pengaruh keluarga beliau dan bapanya, Tun Sakaran Dandai maka masyarakat tempatan kekal memberi undi besar kepada Nasir.

Akan tetapi ketika gelombang politik Warisan Sabah mengombak pada tahun 2018 seiring dengan tsunami politik peringkat nasional, Nasir Tun Sakaran berjaya ditewaskan oleh Shafie Afdal. Buat pertama kali Umno-BN tewas di Senallang dengan Nasir memperolehi 2,453 undi (23.3%) manakala Shafie selesa mendapat 7,754 undi (73.75%) dalam perlawanan dua penjuru.

Warisan Sabah menang dengan majoriti 5,301 undi. Kemenangan ini sudah dijangka berikutan gerakan Warisan Sabah yang giat sejak 2017 lagi di seluruh Sabah. Undi popular BN di Senallang merosot besar sebanyak 49.85 peratus. 

Siapakah dan parti mana yang bakal meletakkan calon untuk melawan Shafie Afdal pada PRN Sabah 2025 nanti?



JARANG NAMPAK | Paku Tua

Aku terjumpa sebatang paku tua di Kampung Ulu Gadong, Rembau pada 19 Ogos 2025 lepas semasa satu program parti Bersatu di situ.

Agak menarik dapat melihat dan merakam video paku tua ini yang mungkin sukar nak ditemui sekarang. Aku mengandaikan paku tua ini mungkin berusia lebih daripada 80 tahun.

Jika paku tua ini sudah melebihi 100 tahun, berkemungkinan besar ia adalah paku dari awal kurun ke-20, lebih kurang tahun 1900-1920.