Wednesday, September 3, 2025

MUZIK | Video muzik terkini Farasu-Seven Curse Ov Ledang


Farasu telah pun tampil dengan satu lagi video muzik terbaru yang dirakam secara profesional dengan kerjasama KelkatuTV dan Rockstage Entertainment. 

'Seven Curse Ov Ledang' ini merupakan lagu yang termuat dalam album Majestica iaitu album 'pro-release' keempat Farasu.

Ada penampilan istimewa model wanita yang melakonkan watak perempuan mistik yang dikaitkan dengan Tujuh Sumpahan Gunung Ledang yang ditujukan kepada Sultan Mahmud Shah Melaka.

Ikuti video penuh, tonton dan hayati perjalanan video muzik ini. Jangan lupa 'Like, Share & Comment' di YouTube Farasu.

POLITIK | Shafie Afdal Berpotensi Kekal Menang di DUN Senallang

DUN Senallang yang terletak dalam Parlimen Semporna di Sabah merupakan kawasan pilihanraya negeri yang diwakili oleh Dato Seri Panglima Shafie Afdal setelah memenanginya pada PRU14 tahun 2018 lalu.

SEJARAH AWAL
Kerusi ini telah diwujudkan melalui persempadanan semula kawasan pada tahun 1999. Ia merupakan pecahan daripada kerusi Sulabayan.

Ia telah melalui enam (6) pilihanraya bermula pada tahun 1999 iaitu semasa PRU-10. Ketika itu pilihanraya negeri telah dijalankan secara serentak dengan pilihanraya umum peringkat Persekutuan. 

Parti Umno-BN telah konsisten memenangi kerusi Senallang sejak tahun 1999 sehingga ditewaskan oleh Parti Warisan Sabah pada tahun 2018 lepas. Datuk Nasir Tun Sakaran telah menjadi wakil rakyat Senallang dari parti Umno (1999-2018). Beliau tewas kepada Shafie Afdal pada tahun 2018 dan menamatkan penguasaan Umno di situ.

Shafie sekali bertanding mempertahankan kerusi ini pada pilihanraya mengejut (snap-election) pada tahun 2020 dan berjaya memenanginya dengan mudah walaupun dicabar oleh empat calon lain. Beliau menang dengan majoriti 4,631 undi.

PRESTASI
Jadual 1 Prestasi Pilihanraya Senallang 

Berdasarkan analisis mudah berdasarkan 
Jadual 1 di atas, agak sukar buat mana-mana parti lawan untuk menyaingi dan mengalahkan Shafie Afdal di Senallang. 

Semasa BN Sabah mendominasi politik Sabah (1994-2018), kawasan Senallang merupakan zon hitam kepada parti-parti lawan BN samada parti nasional (PKR, PAS) dan parti-parti tempatan. Nasir Tun Sakaran begitu ampuh dan menang dengan undi majoriti yang selesa. Bermula pilihanraya tahun 2004 hingga tahun 2013, beliau tidak dapat digugat oleh calon-calon parti lawan. Mungkin kerana pengaruh keluarga beliau dan bapanya, Tun Sakaran Dandai maka masyarakat tempatan kekal memberi undi besar kepada Nasir.

Akan tetapi ketika gelombang politik Warisan Sabah mengombak pada tahun 2018 seiring dengan tsunami politik peringkat nasional, Nasir Tun Sakaran berjaya ditewaskan oleh Shafie Afdal. Buat pertama kali Umno-BN tewas di Senallang dengan Nasir memperolehi 2,453 undi (23.3%) manakala Shafie selesa mendapat 7,754 undi (73.75%) dalam perlawanan dua penjuru.

Warisan Sabah menang dengan majoriti 5,301 undi. Kemenangan ini sudah dijangka berikutan gerakan Warisan Sabah yang giat sejak 2017 lagi di seluruh Sabah. Undi popular BN di Senallang merosot besar sebanyak 49.85 peratus. 

Siapakah dan parti mana yang bakal meletakkan calon untuk melawan Shafie Afdal pada PRN Sabah 2025 nanti?



JARANG NAMPAK | Paku Tua

Aku terjumpa sebatang paku tua di Kampung Ulu Gadong, Rembau pada 19 Ogos 2025 lepas semasa satu program parti Bersatu di situ.

Agak menarik dapat melihat dan merakam video paku tua ini yang mungkin sukar nak ditemui sekarang. Aku mengandaikan paku tua ini mungkin berusia lebih daripada 80 tahun.

Jika paku tua ini sudah melebihi 100 tahun, berkemungkinan besar ia adalah paku dari awal kurun ke-20, lebih kurang tahun 1900-1920.

Sunday, February 18, 2024

FARASU: Nusantara Metal Gegar Melaka!

17 Februari 2024, MELAKA: Suatu persembahan luarbiasa dan sambutan luar jangkaan daripada para pengunjung yang hadir melihat Farasu di Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berlangsung di Melaka Mall.

Awalnya kami menjangkakan program rasmi KBS ini dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung awam yang tak biasa mendengar muzik berat dan persatuan serta NGO belia yang hadir menjayakan program dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka.

Terbayang kembali peristiwa awal tahun 2014 masing-masing mengingatkan persembahan pentas di sebuah karnival belia & usahawan, Pantai Morib apabila 'tersalah' acara. Sepatutnya ia adalah persembahan pentas band-band sebagaimana Pesta PD atau Pesta Pulau Pinang. Namun ia rupanya adalah acara rasmi makan malam dihadiri oleh jemputan kehormat.

Kami tiba awal sekitar jam 1 tengahari dengan pergerakan lancar sepanjang perjalanan di Lebuhraya PLUS dari KL-Seremban-Melaka tanpa kesesakan laluan. Setibanya di lokasi kami mengikuti program-program utama Kembara JOM selain ronda-ronda sekitar Melaka Mall.
Poster rasmi Kembara Jumpa Orang Muda 

Suasana yang agak formal (dengan ada kehadiran Ketua Menteri Melaka dan Timbalan Menteri KBS) mencetuskan sedikit rasa bimbang dan persoalan di minda penerimaan yang bakal dihadapi setelah Farasu mula beraksi di pentas.

Selesai semua acara rasmi melibatkan KM Melaka, EXCO Kerajaan Negeri dan Timbalan Menteri KBS, Farasu mula mempersiapkan diri pada jam 5:30 petang sambil menantikan dua lagi artis jemputan menamatkan slot persembahan. Sebelum itu pentas Rakan Muzik telah dimulakan dengan persembahan solo gesekan biola Adawiyah sekitar jam 4:30 petang.

Selesai acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara utama program, tepat jam 6:30 petang Farasu memulakan persembahan pentasnya. Para pengunjung termasuk peserta-peserta program masih kekal menunggu kerana telah sempat mendengar dan melihat sesi 'sound check' ringkas Farasu. 

Iringan muzik nobat menjadi pembuka aksi. Kami sudah siap sedia untuk melontar tenaga tanpa memikirkan respon daripada pengunjung-pengunjung yang menanti alunan muzik Farasu. Ini adalah kali pertama agaknya sebuah band metal terlibat dengan persembahan dalam program belia di Melaka.

Tamat saja alunan rentak nobat, kiraan permulaan cymbal hi-hat drum membuka aksi. Lagu pertama, 'The Seventh Cursed ov Ledang' memecah suasana petang itu. Kelajuan rentak, kebingitan bunyi irama dan aksi selamba berani tiap anggota dipertontonkan. Kami memainkan lagu berkisahkan peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka dengan tujuh syarat luarbiasa tanpa segan silu beraksi sebagaimana di pentas-pentas gig/konsert metal.

Selesai dengan lancar persembahan lagu pertama. Tepukan gemuruh para pengunjung di luar jangkaan kami. Orang Melaka memang sempoi menerima muzik Nusantara Metal Farasu. Ini petanda yang positif. Sudah ada sinar.

Sesudah Shah (vokal) menyampaikan kata-kata aluan, lagu 'cover' Holy Diver (dendangan asal DIO) dimainkan. Persembahan kami diakhiri dengan lagu daripada album ketiga iaitu Enthroned The Jin. 

Aksi pecah pentas Farasu benar-benar memukau pengunjung-pengunjung di Melaka Mall. Malah tanpa diduga Timbalan Menteri KBS, YB Adam Adli turut mengikuti dan melayan persembahan kami dari awal hingga tamat. 

Ia suatu impak yang bagus. Walaupun hanya tampil dengan tiga lagu, ia sudah memberi makna persembahan kepada para pengunjung. Riak wajah mereka menunjukkan kepuasan kepada persembahan Farasu.

Acara pentas ini menyuntik semangat luarbiasa buat kami. Sesuatu yang di luar jangkaan tetapi mencetuskan Suasana luarbiasa persembahan. 

Nusantara Metal gegau Melaka!
Terima kasih orang Melaka,
Panjang umur kita bersua,
Di lain pentas dan acara!

Wednesday, February 14, 2024

KUPU-KUPU MALAYSIA | Baphomet moth

KUPU-KUPU MALAYSIA | Baphomet moth
Nama Saintifik: Creatonotos gangis
Nama lain: Australian horor moth
Habitat: Asia Tenggara & Australia. 

Kupu-kupu yang ini kerap ditemui dan aku sendiri tak menyangka namanya agak menggerunkan. Bentuk corak dan warna pada badan dan sayap kupu-kupu ini mirip seperti makhluk jin yang digelar 'baphomet'.

(sumber gambar: Wikipedia)

Baphomet moth atau Creatonotos gangis ini mudah ditemui dan berhabitat di Asia Tenggara dan utara Australia (Northern Territory & Queensland). Malah ia juga ditemui di Pulau Irian (New Guinea).
....
Berikut adalah gambar-gambar Baphomet moth yang berjaya dirakam dengan kamera HP Samsung SM-A525F dengan mode 'large'.

Lokasi: Kg Air Putih, Batu 8 Labu, Negeri Sembilan. 
Tarikh: 11 Februari 2024 | Ahad
Masa: 1:28 am