Tuesday, April 14, 2009

Majlis Himpunan Keluarga Keturunan Datuk Paduka Besar Syed Hishamudin





Tiada keterangan untuk tiap-tiap gambar di atas. Ini adalah majlis himpunan keluarga keturunan Datuk Paduka Besar Perlis, Sayyid Hishamudin sebelum Perlis diserah tadbir kepada kerabat Syed Jamalulail sekarang.

Menurut seorang pakcik saudara aku, Datuk Paduka Sayyid Hishamudin ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu yang sulung Datuk Paduka Abu Bakar dan yang kedua bernama Omar Baki.

Jadi perhimpunan beberapa kelompok keluarga ini datang daripada jurai Omar Baki yang berkembang melata di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sesiapa yang membaca blog ini dan jika mempunyai pertalian darah dengan keturunan Datuk Paduka Besar Perlis Sayyid Hishamudin, mohon bagi maklum balas.

Pemandangan Dari Taiping

Lena dalam kepenatan...suasana seorang mamat yang keletihan menjaga operasi bilik gerakan di Taman Molek, Simpang, Taiping.


Usang yang klasik...dalam ronda-ronda pagi selepas sarapan di bandar Taiping, ternampak pulak bangunan rumah kedai yang usang tapi pada aku nampak menarik lagi klasik.


Warisan zaman Victoria...bangunan Majlis Daerah Taping (kalau tak silaplah). Dah berumur 100 tahun lebih tapi masih utuh dan terpilhara. Salah satu mercu tanda klasik di bandar warisan Taiping.

Back to the past...nampak klasik gambar begini diambil dalam warna hitam putih. Salah satu bangunan lama yang masih kekal ciri-ciri asalnya (melainkan cat bangunannya jelah) juga di bandar warisan Taiping.