Thursday, March 5, 2009

Al Fatihah: Zubir Ali meninggal dunia

KL: Pencipta lagu-lagu puisi, Zubir Ali meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Damansara, Petaling Jaya akibat serangan jantung.

Jenayah beliau akan di sembayangkan di 'Masjid Bulat' Petaling Jaya selepas Jumaat, dan di jangka di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Zubir Ali muncul dengan CD solonya 'Zubir Ali '06' setelah begitu lama tidak muncul dengan sebarang rakaman album.

Ini merupakan satu jawapan yang sungguh bermakna kepada 'penantian' begitu lama peminat serta pendengar muzik Zubir Ali.

Kali terakhir beliau muncul dalam rakaman album ialah dalam tahun 1996 tatkala berada di bawah naungan Roslan Aziz Productions. Ketika itu, album kompilasi 'RAP '96' ada menampilkan sebuah lagu karya dan nyanyian Zubir, 'Siapakah Memberi Khabar' dengan susunan muzik menarik oleh Mac Chew dan diproduksikan Roslan Aziz, Terdahulu, dalam tahun 1991, album kompilasi RAP yang meletup, 'Ikhlas Tapi Jauh' menampilkan sebuah lagu menarik nyanyian Zubir 'Harga Diri'.

Zubir mungkin dianggap setengah pihak 'the odd man out' dalam geng RAP ini kerana beliau merupakan artis yang paling veteran dalam kumpulan ini serta pengkhususannya dalam genre muzik puitis yang didasarkan oleh sajak-sajak yang puitis. Tetapi hakikatnya, keistimewaan Zubir inilah yang membuatnya ditarik oleh Roslan Aziz ke dalam lingkungan keluarga RAP.

Masa berlalu, Zubir terus bergiat dengan caranya dalam arena seni dan kini, 25 tahun selepas Malaysia dipegunkan dengan kepuitisan melodi lagu 'Penantian' oleh Kumpulan Harmoni yang diketuai Zubir, Zubir Ali kini muncul dengan CD solonya yang sungguh sesuai sekali dinamakan 'Zubir Ali '06'


Zubir Ali